Thursday 30 June 2011

BICARA HAMBA




Sedari itu aku mulai tersipu
Malu dihadapanMu
Tatkala aku tersasar dipersimpangan penentu
Dek Kealpaan semalan menjengah kalbuku

Namun Kau datang tanpa jemu
Sekalipun aku pergi membisu
Kerana KAU tahu aku tidak mampu
melangkah tanpa bantuan dariMu

Keasyikan yang dirasakan tiada bertepi ini
Menyedarkan aku bahawa ia akan berlalu pergi
Meskipun pahit untuk ku melepasi
Namun ku tahu janjiMu pasti

Tiada apa yang perlu ku tangisi lagi
Andai dunia ini tak mampu ku miliki
Kerana ku tahu bahawa RahmatMu sentiasa menemani
jiwa hamba yang sentiasa meratapi kasihMu yang suci

Ku tahu Kepahitan itu pasti menjadi manis
seandainya hatiku menjadi pengemis
memburu cintaMu yang terlaris

Bicara ini seakan berlagu sendu
Kerana diriMu yang ku rindu
Bicara ini semakin diburu hiba
Kerana diriMu yang ku puja
Bicara ini bagai sakti purnama
Kerana diriMu yang selayaknya ku CINTA...

Ya RABBI....
Ya ILAHI....

3 comments:

  1. "Kerana diriMu yang selayaknya ku CINTA..."..
    Subhanallah... kata2 azimat yg sentiasa ada dalam diri... cantik susunan bahasa yg acik tarikan... seindah maksud yg tersirat..
    SesungguhNya hanya Allah Pelindung kita, dn selayaknya kasih dn syg ini utkNya yg sentiasa mmberikan rasa cinta yg ada...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih m.ngah...benarlah apa yang dikata itu m.ngah....mga rsa itu kian bertambah...

    ReplyDelete