Tuesday 19 April 2011

BANGKITLAH DUHAI WANITA...


Duhai anak2 gadis,para wanita,ibu2,muslimah yang ada pada hari ini..Dengan berbesarnya hati,penulis ingin mengajak semua kita yang masih leka dibuai mimpi indah dunia ini dengan merenung sejenak,supaya bangkitlah kalian menyahut seruan ILAHI,sekalipun beberapa banyak ujian yang Allah SWT lemparkan terhadap kalian sebagai seorang wanita ini,sejak mulanya kalian meniti usia sebagai seorang anak gadis dengan lemparan kata2 dari sekeliling kalian.Berikutan lambatnya mereka2 ini berkahwin.lantas lemparan kata2 juga ketika mereka sudah berkahwin.Inilah realiti kehidupan yang ada pada hari ini bagi insan2 yang bergelar wanita ini...berbagai tohmahan yang harus ditelan lumat sekalipun ada luka yang tersirat.namun wanita2 ini bangun dengan penuh pengharapan demi menyahut seruan ILAHI.

Disaat wanita2 ini mula mencorakkan diri mereka.pelbagai tohmahan dilemparkan lagi
seperti lemparan kata2 yang sering kita dengari dan mungkin dirasai ketika ini...Bermula dengan anak gadis berkahwin awal dikatakan gatal,seterusnya seperti diberi status (Andartu) hanya kerana berkahwin lambat diertikan memilih,hantaran murah disalah ertikan murah disebabkan mungkin terdapat kecacatan yang ada pada dirinya,begitu jualah hantaran yang mahal dikatan menjual anak,Disaat sudah berkahwin,mengandung dikatakan kilang tak tutup2..Apabila si isteri tidak dikurniakan anak dikatakan mandul..

Inilah coretan rasa yang kita boleh sama2 kongsikan buat tatapan wanita diluar sana.
sekalipun perempuan2 ini mudah dimasukkan ke dalam syurga diatas besar pengorbanan dan ujian yang mereka hadapi seperti yang Rasulullah SAW nyatakan di dalam hadis beginda SAW,namun untuk mencapai keredhoan Allah SWT dalam kehidupan kita selaku hambaNYA bukanlah perkara yang mudah.Dengan ujian2 terhadap wanita yang penulis nyatakan sebelum ini namun terdapat 4ujiian lagi perniagaan yang Allah SWT tawarkan kepada kita khusunya para wanita yang ingin melayakkan dirinya ke syurga Allah SWT ini.
petama:
1)Amalan solatnya
kedua:
2)Amalan ibadah puasanya
ketiga:
3)Amalan menjaga kemaluan(menutup aurat)


ketiga2 amalan yang dtawarkan oleh Baginda Rasulullah SAW ini mungkin terasa mudah bagi para wanita ini untuk memungkinkan diri mereka memasuki syurga Allah SWT.seperti menunaikan ibadah solat dirasakan masih mudah bagi seorang wanita untuk melakukannya sekalipun diberi ujian dengan pemakaian telekung yang menutup seluruh tubuh mereka.ibadah puasa,menjaga kemaluan, juga turut memungkinkan wanita2 ini merasakan ada harapan syurga untuk mereka.

Namun berikutan amalan dan ibadah yang terakhir ini berapa ramai dan begitu banyaknya wanita yang lemah,jatuh tersungkur apabila memenuhi tuntutan sebagai seorang isteri yang benar2 taat kepada si suami.kenapakah perkara ini berlaku???banyak sebabnya kenapa wanita ini tidak mudah masuk ke syurga malahan mudah pula memasuki neraka Allah SWT.(Wal iya zubillah)sedangkan ibadah dalam mentaati suami dan menjadikan diri sebagai isteri yang solehah ini adalah sesuatu amalan yang termulia yang sekaligus melengkapkan para isteri ke medan jihad dunia untuk melayari bahtera akhirat iaitu syurga Allah SWT.


Berikutan langkah2 dan ciri2 yang disyorkan bagi kita para wanita yang cintakan Allah SWT dan KekasihNya Baginda SAW ini.Maka titik tolak berlalunya kehidupan kita pada hari ini,sebagai seorang wanita,sekalipun sebagai seorang anak gadis,maka perlengkaplah persediaan diri kita dengan kutipan2 ilmu agar menjadi perisai untuk kita terus bermujahadah menggenggam tekad untuk menyahut seruan Baginda Muhammad SAW ini.Agar segala seruan yang dilaungkan ini tidak dianggap mudah tanpa kita menilai sekaligus mencari sinar disebalik erti sebuah kebahagian yang hakiki.

Wahai para wanita sekalian,janganlah kalian kesali asal terciptanya kalian,bukanlah untuk dihina malahan untuk disanjungi..kerana dengan adanya kalianlah seseorang insan yang mulia mampu lahir kedunia ini...Untuk mengembalikan semangat yang hampir lena ini,penulis ingin mengajak kaum wanita muslim mengimbau kembali sirah perjuangan dan pengorbanan wanita di zaman Rasulullah SAW.

-jadilah kalian seorang ibu seperti Saidatina Aminah binti wahab kerana telah melahirkan pemimpin agung.

-jadilah kalian seorang isteri seperti sa'idah Nailah binti Al Farafishah atas sifat kesetian dan pengorbanan yang tinggi.

-jadilah kalian seorang anak gadis dan wanita seperti ummu sulaim yang cintanya hanya pada islam.

-jadilah kalian seorang wanita seperti khaulah binti Azwar yang menjadikan dirinya seorang pejuang misteri.

-jadilah kalian seperti Ummu hakim yang perkahwinannya dicelah kilatan pedang.

-jadilah kalian seperti Asma binti Abu Bakar kerana setia mencari keredhoan suami.
dan ramai lagi.

Ini bukanlah bermakna kita mengundurkan diri dari cabaran yang ada,malah sifat keperibadian ,kejiwaan,pengorbanan dan perjuangan mereka semacam berupaya memberi"POWDER"di dalam diri kita untuk terus mengharungi cabaran tanpa sebarang kebimbangan dan ketakutan.mudah2an sirah dan penghidupan wanita salafussoleh yang dimuatkan di dalam ruangan ini benar2 dapat mnyedarkan kita.serta memberi panduan dan petunjuk di dalam kehidupan kita di zaman ini...

benarlah kata"dunia itu adalah perhiasan,sebaik2 perhiasan dunia adalah WANITA solehah"...


































































































































































































































































































































































































































taat dan setia kepada sang suami sekalipun xmungkin suami mampu jujur sedemikian
seorang isteri bila Allah SWT uji kepadaya sehinggakan susah payah hidangan yang dia setiakan pada suami dan anak2 dirasakan terlalu nikmat dan seronok didalam hati diatas rezki yang Allah SWT kurniakan.

Susahnya orang perempuan mengandung dikatakan terasa susah atas susah tapi seorang ibu yang mulia itu kan terasa hilang kesakitannya atas nikmat seorang anak yang terlalu fitrah bagi seorang perempuan,wanita bergelar ibu ini.




















Telah datang dari hadis Nabi Muhammad S.A.W:tentang 4 perempuan yang menjadi isi neraka,iaitu penghuni neraka...

1)perempuan yang jahat mulutnya atas suaminya(ada je tak kena,sentiasa kondem suami..banyak perkataan yang dikeluarkan atas suaminya...)
ketika ketiadaan suami bawa masuk laki asing dalam rumah
mengungkit dengan suami setiap hari dihadapan suami

2)Perempuan buat suami tak mampu sehinggakan membodoh-bodohkan suami.
nasi kangkang,apa yang isteri cakap semuanya dituruti sehinggakan gamak rompak bank hanya kerana menurutkan apa kehendak isteri..

3)Perempuan yang tidak mahu menutup aurat dirinya daripada lelaki,
memakai perhiasan yang megah2..

4)Perempuan yang cita2 lain tidak ada.
makan,minum tidur...penuh keseronokan sahaja tanpa beribadah,ketaatan pada suami pada Rasul,pergi ke kelas mengaji tidak mahu.. segala yang dibantah perempuan sebagai ister itulah yang mnyebabkan mereka hanyut ke neraka Allah SWT

1 comment:

  1. Ptg ini sekali lg mkngah mnjenguk nukilan acik yg sarat dgn ilmu & peringatan. Alhamdulillah. Ada 'sesuatu' dlm posting ni. Tersentuh lg hati wanita mkngah ni. Terima kasih, pd acik dn bersyukur yg sesungguhnya pd Allah atas lorongan kebaikan yg diberiknNya... :)BERILMU UTK BERAMAL.

    ReplyDelete