Thursday, 24 May 2012

Hikmah disebalik NIKMAT & UJIAN

Hari ini sudah hampir sebulan pernikahanku bersama suami tertulis di dalam kalendar kehidupan...Namun bila diingatkan kembali akan kata2 "bestnye diorang nak pergi berbulan madu"Adakah dalam tempoh sebulan ini sahaja kita patut merasai kemanisan madu itu,dan selepas dari sebulan segalanya bertukar menjadi hempedu?Bila difikirkan dengan kata2 ini..tersenyum daku seketika... :) Sesungguhnya Perkahwinan itu benar2 menyingkap tabir Rahsia...Setelah termatrainya hubungan kami suami isteri yang sah.pada tanggal 28/4 majlis perkahwinan dilangsungkan dengan meriah sekali dihadiri sanak sedara dan rakan taulan yang bagiku amat luar biasa sekali...Alhamdulillah.. Tepat jam 12tgh hari ketibaan pengantin lelaki dan rombongannya,berdebar hati2ku disaat itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu,sekilas pandang ku melihat suamiku dari jauh terlintas dihati kecilku "segaknya suamiku"yela kan...ini kali kedua selepas diijab kabul dapat ku melihatnya semula setelah berbulan2 sebelum dan selepas pertunangan perhubungan kami bisu tanpa kata dan bicara atas sebab memelihara keberkatan dalam perhubungan...tapi...apa yang menjadi pertanyaan dalam benakku..kenapa suamiku pakai kasut capal ye???padahal baju ala2 kot...tak kan la sibuk sangat dengan persiapan sampai tertinggal kasut.tersimpan soalanku itu agak lama kerana bimbang andai dengan pertanyaan ku ini boleh melukai hati suamiku. Tiba tarikh berikutnya perkahwinan disebelah pengantin lelaki,soalanku tadi masih terngiang2 dalam hati...Bila melangkahnya kami untuk diarak ke rumah pengantin lelaki tiba2 ada suara yang menanyakan suamiku,Hmm...Kasut ni je ke yang pakai???suamiku senyum bersahaja...terdiamku dengan soalan yang agak kedengaran kuatnya tadi...dan terus diabaikan...dan masih ada yang kelihatan senyum sinis dengan gelagat pakaian kasut suamiku itu... Tiba pada malam selesainya majlis pernikahan kami,tanpa ragu dan gusar aku terus menanyakan suamiku kenapa abang memakai capal???lantas suamiku menjawab tiada yang lebih baik daripada kita mengamalkan Sunnah SAW.Subhanallah.....terkedu daku seketika dan terasa hampir mengalirkan air mata tatkala bicara itu terungkap indah...ya Allah sealim mana pun manusia yang kita kenal di luar sana belum tentu mampu memakai capal dihari perkahwinan...Subhanallah.Begitu indah penghayatan yang trlakar dalam kehidupannya sehingga dia tidak pernah mempedulikan kata2 mahupun senyuman sinis orang ramai...aku bersyukur ya Allah dikurniakan suami sepertinya...
Dan pakaian pengantin dipihak suamiku juga ingin mengikut sunnah SAW yakni bewarna putih...untuk kelihatan raja sehari kami mencampurkan putih keemasan...Alhamdulillah moga Allah memberkati perkahwinan kami ini..Amin Beberapa hari ku mengenali suamiku semakin tersingkap keindahan disebalik akhlaknya yang mulia itu,Alhamdulilah ya Allah.. Dimana dia meminta supaya ku melakukan satu pengorbanan yang agak besar iaitu memberikan hadiah2 perkahwinan kami yang paling kami suka kepada insan2 yang telah banyak membantu sepanjang perkahwinan kami dilangsungkan. ya ALLAH dengan indahnya akhlak suamiku itu dengan semena2nya ku dengan hati yang lapang merasa penuh kemanisan apabila ingin menyerahkan barang kesayangan kami itu kepada orang lain.dan yang paling mengaharukan lagi dalam banyaknya hadiah berupa pinggan mangkuk dan barang2 yang kebiasaan diberi kepada pengantin dihari perkahwinan,Namun kami juga banyak memperolehi telekung,sejadah,Al-Quran,dan Buku2 ilmiah,Subhanallah amat menarik dan terharunya kami dengan hadiah2 indah ini...Semua pemberian ini datang dari Allah melalui tangan insan2 yang baik dan mulia.Alhamdulillah Setelah itu sibuk dengan persiapan untuk berangkat ke luar negara...segala masalah yang datang Alhamdulillah berlalu dengan mudah sekali.Suamiku juga menyebut,Dengan pemberian barang perkahwinan yang kami suka itu,itu hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan Apa nikmat yang Allah berikan sekarang setelah kami selamat sampai ke N.Zealand.jika nak dibandingkan pemberian kita,pemberian Allah itu sebenarnya tak cukup layak lagi untuk kita kerana kita banyak dosanya...Subhanallah.sekali lagi hampir mengalir air mataku setelah mendengar ungkapan mas kalam suamiku tersayang...
sehingga Saat ini sudah hampir sebulan kami bersama2 di N.zealand banyak pengalaman baruku disini,namun kami selalu mengingatkan antara satu sama lain,bahawa nikmat yang terindah ini sentiasa akan disusuli dengan ujian2nya..dan ujian pertama ku disini,Bilamana tanganku terkena iron setelah menyerika kemeja suamiku untuk dipakaikan ke tempat kerja pada esok harinya,hal ini berlaku bilamana ketika sedang ku berdiri dan menyerika tiba2 kepalaku pusing dan terus jatuh pengsan.Dalam sedar dan tidak seterika yang tadinya diatas papan sudah berada di tangnku,ya ALLAH..tiba2 ku tersedar..agak besar kesan melecur di tangan kiriku itu..lantas terus ku meletakkan kepala kerana tersangat pening,tanpa mengejutkan suamiku yang keletihan tidurnya...kerana teringatkanku akan kisah Para sahabat dimana isterinya sanggup memaklumkan suaminya akan kematian anak mereka esok hari atas sebab isterinya tidak mahu mengejutkan suaminya stelah keletihan pulang dari kerja.Jadi apa la sangat pengorbananku ini jika dibandingkan ibu tadi... Setelah suamiku terjaga dari tidur...dalam keadaan dia hampir hendak ke tempat kerja baru dia dapat tahu yang tanganku sudah melecur.dia amat terkejut..ku sangkakan ia akan memarahiku,tetapi sebaliknya...dia sedih atas sikapnya yang lalai terhadapku.ya Allah...dan lukaku itu perlu mendapat rawatan susulan di hospital...sudah hampir lima kali ku berulang2 ke hospital,untuk mendapatkan rawatan,dan sudah semestinya ini sesuatu yang tidak pernah dijangka akan terjadi,tapi Allah itu mengetahui...ini ujian pertamaku selepas bergelar seorang isteri,dan bakal disusuli dengan ujian2 lain.Apa pun moga setiap ujian itu ku mampu hadapinya dengan tenang dan hadapi nikmat tanpa ada rasa kekufuran agar nikmat yang tiba akan diganda2kan lagi dengan penuh rahmat dan Barakahnya...Amin Ya Rabb... Inilah yang dikatakan Hikmah disebalik UJIAN & NIKMAT..dimana pertemuan tidak pernah terjalin atas unsur maksiat maka terukirlah sebuah nikmat yang dikatakan CINTA SEJATI... Ya ALLAH Sesungguhnya apa yang kami miliki hari ini segalanya datang dariMu,kami hambaMu yang tidak punyai apa2...melainkan semuanya adalah pinjaman darimu..kekalkanlah kasih sayang kami suami isteri hingga ke JANNAHMu...hidupkanlah kasih,cinta,dan rindu kami hanya ke kehadratMu ya ALLAH...kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah ya ALLAH..AMIN Ya RABBal alamin..

Sunday, 6 May 2012

indahnya KEBERKATAN

Hari ini genap 10 hari perkahwinanku.Namun disana masih ada rasa tidak percaya bahawa aku sudah bergelar seorang ISTERI,Dengan RahmatNya bermula dari tarikh diijab kabulkan 27/4/2012 kini aku sudah berada di Denuedin N.zealand disamping suami tercinta...Subhanallah. Masa yang agak singkat ini akhirnya telah menyedarkan aku bahawa nilai keberkatan itu lebih besar dari segala2nya...Dalam sibuk menempuhi alam rumahtangga,aku terbaca draft mesej suamiku yang diabaikannya di dalam peti mesej tanpa diberikannya kepadaku sebelum ini.Dan rasa terpanggil untuk ku kongsikan druangan ini : Apa yang amat terharu dan rasa bertuahnya aku dengan nikmat ALLAH swt ini dimana ayat yang tertulis di draft mesej itu berbunyi : "Ukhti,jika ana kurang mesra sebelum kahwin,itu adalah kerana ana tidak mahu kemesraan sebelum kahwin itu menjadi sebab ketidakberkatan rumahtangga yang akan dibina,ingin ana mengingatkan diri ana dan ukhti bahawa perkahwinan itu membawa keberkatan,tetapi ia juga satu ujian hidup,ada ombak dan air tenangnya.Ada ribut dan cuaca cerahnya,ada ujian yang diduga kaffarah kepada dosa,ada yang tidak diduga kerana itu jalan yang perlu ditempuh untuk buktikan iman kita,kadang2 ia berterusan dan berat,kekadang ia kecil.Tugas suami isteri dalah tawasi dengan kesabaran dan minta keteguhan.Bukanlah hidup orang beriman tidak akan diuji,maka kesenangan hidup berterusan itu satu alamat yang bahaya.Bukanlah kita para Nabi dan Rasul,Kita hanyalah manusia biasa yang harapkan redhaNya,kurniaan syurgaNya,terlepas dari azabNya,jaminan yang tidak ada untuk kita." Maha suci Allah atas pertemuan indah ini...ALHAMDULILLAH YA ALLAH. Setelah hampir 2minggu ku melalui kehidupan bersama SUAMI yang sebelum ini tidak pernah sama sekali ku kenali.Akhirnya ku meneyedari bahawa rencana ALLAH itu lebih indah dan sangat terindah kepada hamba2Nya.asalkan kita tidak pernah putus merasa yakin bahawa Allah itu maha Berkuasa atas tiap sesuatu.dan dia sentaiasa menambahkan lagi nikmatNya terhadap hamba2 yang tahu bersyukur. Ya ALLAH sesungguhnya dosa yang ku muliki, tidak layak untuk ku mendapat nikmatMu ini,namun KAU maha Memberi.Ya ALLAH..berilah kekuatan untuk ku terus mensyukuri nikmatMu tanpa jemu...Alhamdulillah Ya ALLAH

Monday, 12 September 2011

KurniaanMu

















KAU berikanku segala2nya
dan KAU mengujiku dengan cinta dunia yang sungguh indah
dan KAU hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita dan nafsu
dan kedudukan yang memalingkanku daripadaMu

Dalam menikmati kurniaanMu
tak terucap lafaz terima kasihku
Namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belumku mampu

Dalam sujud cintaku
Fana ku diulit rindu
getirnya cemas dikalbu
tak ku hidup tanpa redhoMu

Hanya keranaMu TUHANku
aku hidup dan ku akan kembali padaMu
Hanya padaMu dalam sujud cintaku

dan KAU janjikanku dengan ayat2Mu
disana menanti

Destinasi Cinta














Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi


Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

SEGALANYA ADALAH MILIKMU

















YA ALLAH...
KAU yang menciptakan cinta
Dan KAU jua yang menghampar bahagia
DiribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

KAU yang mengutuskan duka
Dan engKAUlah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merebahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu

Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Dicelah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyebut namaMu
Kearah segala rongga rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu

Dan ku tahu disegenap ruang rasaku
Telah KAU titipkan kekuatan

Ya ALLAH...
EngKAUlah maha pemilik
segala yang terlihat
oleh mata mahupun tidak...

Sunday, 28 August 2011

KEHADIRAN SYAWAL YANG PENUH SEPI...

















Pagi ini saat manusia diulit mimpi
dan sibuk dengan persiapan Aidilfitri

Namun hatiku sayu sekali...
Adakah engKau ingin pergi
meninggalkan ku yang masih hina ini

Ya Allah..
Adakah Ramadhan ini yang terakhir buatku
Adakah persembahan kemuncak hamba ini
KAU terima dan benar mencukupi

Berserikanlah hatiku dengan syawal ini
setelah ku gagahkan diri menjadi penemanMu yang setia di malam hari..
Walaupun ia penuh dengan kekurangan insani

kerana ingin sekali ku bersamaMu
Sekalipun Ramadhan tidak kunjung lagi
Kerana Ramadhan akan tiba dan pergi
Tetapi diriMU datang tanpa dinanti

Ya ALLAH.....

Monday, 22 August 2011

kemuncak pengHAMBAan
















Segala puji bagiMu ya ALLAH

Yang pertama tanpa ada yang mengawali
Yang terakhir tanpa ada yg mengakhiri

Yang tak terlihat oleh pandangan orang yang memandang
Yang tak tergambarkan oleh bayangan orang yang membayangkan

KAU ciptakan makhluk dengan kekuasaanMu
KAU ciptakan segala sesuatu dengan kehendakMu

Segala puji ya ALLAH

Yang memberi kami kemampuan untuk mensyukuri nikmatMu
Yang membuka bagi kami pintu-pintu ilmu keILAHIanMu

Segala puji ya ALLAH dengan segenap pujian yg dikumandangkan
Para Malaikat dan Para makhluk yang dimuliakan

Segala puji bagiMu

atas nikmat yang KAU berikan
kepada kami hamba-hambaMu yang telah mendahului
mahupun yang akan datang kemudian

Pujian kami aturkan kepadaMu
Sebagai penghubung untuk mentaati
dan meminta ampunan
Sebagai penyebab memperoleh Redho
Pengantar jalan menuju syurga

Segala puji bagiMu ya ALLAH
KAU ciptakan kami sebagai hamba
Dan sebagai umat Nabi Muhammad KekasihMu

Tuesday, 16 August 2011

ku serah segalanya...















PadaMu ku serah segala
Harta sepenuh jiwa raga
Hanya Kau yang Maha Pemurah
Meredakan hati yang gundah

Ya Allah
PadaMu ku curah segala
Perasaan yang melara
Engkaulah yang punyai cinta
Membawaku ke puncak nasuha

Ku kesali kealpaan diriku
Ku tangisi kesilapan lalu
Walaupun sekali
Tak kan aku ulangi

Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Jangan biarkan diriku
Terus dibelenggu

Ampuni dosaku
Terangi hatiku
Izinkan aku kembali
Ke jalan redhaMu

TIada lain yang ku harap
Hanya kasih sayangMu TUhan
Membawa ke rimbun keampunan

Ya Allah
PadaMu ku serah segala

Wednesday, 3 August 2011

diKAU ku nanti


















Ramadhan tiba lagi...
Bagi insan yang tahu mensyukuri
limpahan nikmat yang diberkati

kali ini kuhadapinya seorang diri
mencipta seni kesyahduan insani
bagi penemuan yang abadie
bersama DIA yang kucintai

Bicara itu hanya DIA yang bisa mendengari
Ratapan sendu berlagu titisan sepi
Dimalam hari diKAU ku temui
Melawan mimpi malam yang menghantui
kerana diKAU yang ku hajati
Ya ALLAH Ya RAHIM..