Monday 27 June 2011

laskar kehidupan insani



Sesungguhnya bagi setiap jiwa anak muda sentiasa menginginkan kebahagiaan dalam apa jua yang ingin dilakukan sekalipun pahit yang bakal mengundang.Namun bagi jiwa manusia kadangkala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia dan kadangkala juga kita perlu bergembira bagi setitis air mata...

Sepertimana laskar kehidupan ini terlakar di sanubari namun tidak akan ada ertinya andai kita jauh daripada rahmat Allah.kerana Allah akan hanya menyertai orang yang sentiasa membersihkan hatinya...

Berhentilah kita menjadi manusia pengeluh,berhenti melihat kekurangan dan mulai menggali potensi kelebihan yang ada pada diri kita.Yakinlah ketika Allah menciptakan manusia,Dia juga menyertai manusia dengan segenap kelebihan,maka temukanlah kelebihan yang sudah dianugerahkan Allah itu maka kehidupan pasti akan menjadi lebih baik melebihi apa yang kita inginkan.

Oleh itu cintailah yang maha MENCIPTA lebih daripada yang dicipta kerana yang MENCIPTA itulah yang mencipta cinta untuk yang dicipta mencintai yang dicipta..

Setiap rona kehidupan pasti ada kesulitan yang bakal ditempuhi setiap manusia juga pasti akan merasainya cuma bezanya apabila kita memilih jalan yang terbaik untuk keluar dari sesuatu kesulitan ialah dengan menghadapi dan mengatasi kesulitan itu..kerana yang mengasyikkan didunia ini bukanlah dimana kita berada,tetapi kemanakah bakal kita menuju...

Sebagai manusia mahupun hamba yang menginginkan maghfirah dan keampunanNya sesungguhnya sedarlah bahawa kecantikan yang abadie terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang..bukanlah pada wajah dan pakaian seseorang...Oleh itu kejarlah apa yang bermanfaat bagiMu dan mintalah pertolongan hanya pada Allah jangan mudah menyerah dan jangan pula mudah berkata "kalau saja aku melakukan begini pasti ia akan jadi begini" tapi katakanlah "Allah telah mentakdirkan apa yang Dia kehendaki pasti akan Dia lakukan"

Renung dan bermuhasabalah diri2 kita kerana ajal sentiasa menanti setiap usia yang berlalu pergi...

2 comments:

  1. Alhamdulillah... selepas 15 hari sepi.. akhirnya jari-jemari acik kembali ditari.. penuh kekuatan dlm mujahadah mncari cinta.. walau adakala diri tewas.. namun langkah terus jua diatur.. Subhanallah.. itulah perjalanan seorg hamba.. moga Allah sntiasa mmberi pimpinannya dikala diri tidak berdaya.. Insyaallah. doa kudus mkngah sntiasa mngiringi tiap langkahmu.. syg acik tiap waktu. ^_^.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah atas kekutan dari ILAHI...terima kasih m.ngah kerana tidak pernah jemu mendoakan insan hina ini...moga ALLAH satukan kita tiap wktu dalam rasa syukur kpdNya..

    ReplyDelete