Thursday 30 June 2011

Bingkisan RINDU



Desiran angin lalu
makin membawaku ke situ
suatu daerah yang teramat sayu
Bagai tiada siapa yang ingin menuju

Tapi ingin sekali ku kesitu
menanti diriMu yang satu
Kerana ku tahu KAU sering menungguku
Setelah ku hanyut dilautan palsu

Subhanallah

manusia itu mudah tertipu
Dengan kecantikan dan nikmat yang sentiasa membelenggu
Sedangkan ia akan berlalu
Bagai angin dihembus bayu

cinta manusia itu palsu
pandangan manusia itu juga sering menipu

Namun cinta Allah itu tetap satu
pandangan Allah itu juga membawa syahdu

Begitu asyik kita ingin tanpak indah dihadapan manusia
Namun sedarkah kita
semua itu hanya pinjaman semata-mata
kita tiada apa-apa untuk dibangga-bangga
kerana DIA punyai segala yang ada

Hari ini kita tanpak kelihatan indah dan sempurna dimata mereka
namun bila keindahan itu mulai hilang dan pergi menanti usia
Siapa lagi kita dihadapan mereka

Duhai manusia..sedarlah kita hari ini dan selama2nya
kita akan tetap kelihatan indah dihadapan DIA yang menciptakan kita
Andai kehidupan ini tidak kita biarkan ia dimamah usia begitu sahaja

No comments:

Post a Comment