Saturday 7 May 2011

DETIK KEMULIAAN UMMAH

Disini penulis ingin mengajak kembali para pembaca sekalian supaya berfikir sejenak bagaimana keadaan dunia kita ini sebelum kedatangannya ISLAM.sebagai zaman kejahilan yang nyata dimana manusia ketika itu bertuhankan harta benda,bertuhankan pada jawatan,keturunan,mahupun hawa nafsu.Ditengah2 manusia dalam kalut dan tak kenal dengan kehidupan mereka ini.lalu nabi Muhammad SAW diutuskan Allah SWT dengan satu tujuan.Tujuan dimana untuk memberitahu tentang tujuan kejadian manusia diciptakan di dunia ini.Nabi Muhammad saw telah berjaya menukarkan satu suasana baru yang wujud dimana manusia tidak mengetahui batasan2 dalam kehidupan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah swt.Nabi Muhammad SAW menukar kemulian dalam hidup tatkala manusia mula mengucap kalimah syahadah.manusia mulia dengan mula memperolehi ilmu,dan kemuncaknya kemulian manusia tatkala tingginya ketakwaan manusia kepada Allah swt.

Nabi Muhammad saw mengajar kita bahawa manusia tidak akan mulia dengan harta benda seperti Qarun yang ditenggelamkan Allah SWT didalam muka bumi sedalam 70hasta dalam setiap hari.Dan Nabi Muhammad SAW mengajar kita bahawa manusia tidak mulia dengan pangkat sepertimana Firaun.Jika dibandingkan dengan kita hari ini tinggi lagi pangkat firaun dimana dalam hidupnya dia tidak pernah bersin,menguap,dan selsema sehingga sampai ketahap dia merasa begitu sempurna dan mengaku dirinya sebagai Tuhan.sehinggakan terkejut iblis,kerana iblis tidak pernah mengaku pun dia sebagai Tuhan seperti firaun.Maka diatas kesombongan yang ada itu Allah swt menenggelamkan firaun di dalam lautan.Nabi Muhammad saw juga mengajar kita bahawa manusia sesekali tidak akan mulia dengan keturunan dan bangsa yang mereka ada.jika dibandingkan, mulia lagi bangsa bani israil diatas nikmat besar yang Allah berikan kepada mereka.

Tatakala islam datang Rasulullah saw mengajar manusia bahawa mulianya manusia tatkala mula mengucap kalimah syahadah.maka naiklah darjat kamu disisi Allah swt kerana kemulian inilah yang tidak membezakan kamu melalui apa bangsa kulit sekalipun melainkan ketakwaan kamu kepada Allah swt.Dimana kemulian yang mengangkat kamu tinggi daripada kemuliaan kerana memperolehi harta,pangkat,dan jua keturunan.Dan Nabi Muhammad saw juga berpesan kepada para sahabat2 supaya menambah lagi kemulian mereka dengan menambah ilmu dalam kehidupan mereka.Rasulullah saw bersabda"setiap manusia tidak akan bernilai kecuali dengan 3perkara: iaitu dimana manusia itu berilmu,dan apabila berilmu mereka beramal,dan apabila beramal tidak bernilai manusia itu kecuali apabila mereka ikhlas"ulama mengatakan 3perkara yang perlu kita belajar untuk kemuncak kemulian dengan belajar dengan ilmu akidah agar yakin dengan adanya Allah dalam kehidupan sekeliling kita.

Kenapa ayat2 Allah diturunkan?ini adalah kerana untuk kita nampak jelas bahawa perlunya kita tanamkan dalam diri kita bahawa adanya Allah swt.kerana kekuatan aqidah inilah musuh islam mengambil kesempatan untuk menyesatkan kita.setelah mana pemikiran sebegini telah ditanam oleh musuh2 islam didalam pemikiran umat islam pada hari ini dimana kita tidak akan menjadi hebat kalau kita tidak mempunyai harta,kita tidak akan menjadi hebat kalau kita tidak mempunyai kedudukan,inilah yang dinamakan pangkat dan keturunan yang memusnahkan akidah umat2 islam pada hari ini. sehingga manusia leka mengejar semua itu tanpa memikirkan lagi adanya Allah dan menjadi runtuh akidah umat islam dimana tidak sibuk lagi dengan menutup aurat,tidak sibuk lagi dengan beribadah,maka musnahlah akidah umat2 islam ini dengan terus menerus mengejar kekayaan dan keturunan tersebut....

Rasulullah saw juga mengajar kita dimana keyakinan pada Allah perlulah diperbaharui dengan ibadah solat mendengar kuliah,melalui dengan banyak cara untuk mengembalikan ingatan kita kepada Allah swt..inilah keyakinan yang Rasulullah saw tanamkan kepada sahabat2 agar kuatnya keyakinan mereka kepada Allah swt melalui akidah
seterusnya dengan ibadah.kita tidak akan melakukan ibadah2 malam kalau kita tidak mengetahui nilai diesebaliknya.kita tidak akan menutup aurat kalau kita tidak takut azab Allah swt.begitulah hebatnya keimanan sahabat2 kerana atas akidah yang mantap sehingga mendorong mereka kepada ibadah yang hebat.

Ibadah kita pada hari ini menjadi hancur kerana terlampau banyak hiburan yang melampau yang merosakkan akidah kita hari ini.Dimana kita tidak boleh mengawal keinginan kita untuk berhibur.dimana islam tidak pernah menghalang untuk berhibur sekiranya kita pandai membahagikan masa untuk beribadah kepada Allah swt.seterusnya Rasulullah mengajar kita dengan akhlak sesama kita.Bagaimana akhlak kita kepada ibu bapa?kepada guru2,kepada orang2 disekeliling kita.ulama ada mengatakan manusia akan menjadi rosak dimana tiada lagi ucapan salam diantara kamu.dan Rasulullah juga mengajak kita supaya bertakwa kepada Allah dimana kemuncak mulia kita dengan jaganya kita kepada takwa sampai mati,jangan sampai satu peringkat hinanya takwa kita disaat kita mati.seperti doa dimana Rasulullah saw ajarkan kepada kita supaya menjaga takwa kita smpai bila??? sampai matinya kita...

kerana bimbanglah kamu sekiranya kamu meninggalkan zuriat kamu yang dhaif agama dan bercakaplah dengan tegas dalam kehidupan kalian.Berjaga2lah dengan ketakwaan yang ada pada kita.agar anak2 yang mengaji agama inilah yang memandikan jenazah kita sekaligus mengkafankan mayat kita dan mampu membawa jenazah kita ke kubur maka inilah yang dikatakan sebenar2 takwa dimana kita mampu bertahan dengan ujian2 Allah sehingga Allah swt mampu menerima kita sebagai hamba2 yang mampu mendapat redho Allah swt dan para malikat mampu tersenyum dihadapan kita disaat kita dihadapkan dihadapan Allah swt kelak.

Sedarllah kita para pembaca sekalian hadirnya islam adalah memberi kemuliaan kepada sesiapa yang menghendakkinya.Jika kita menolak apa2 yang islam ajarkan maka sedarlah kita bahawa kita terlalu hina disisi Allah swt.diatas kesombongan kita sebagai makhluk yang diciptakan sementara cuma ini...wal iya zubillah...

No comments:

Post a Comment