Monday 16 May 2011

LESTARIKAN ILMU DALAM DIRI


Salam Mahabbah buat pembaca2 yang setia mengunjungi laman penulis kali ini..semuanya adalah tak lain tak bukan untuk sama2 kita mencari ruang dan peluang dalam memahami sekaligus menyelami apa yang tersingkap disebalik arena penulisan yang ingin diketengahkan ini.

Apa yang ingin penulis kongsikan bersama pembaca2 sekalian pada kali ini ialah berkaitan dimana apa yang penulis lihat dan juga semua orang yang berfikir diluar sana lihat dan amati disaat masyarakat kita kini yang makin kuat diuji dengan ujian globalisasi yang makin mencabar,dimana suatu ketika dahulu kita diperkenalkan internet ataupun laman sosial yang menggunakan wayar,seterusnya melalui alat penyambung seperti(broadband)seterusnya(wifi)dan melalui hp yang boleh dibawa kemana sahaja sekaligus tiada sekatan mahupun batasannya lagi..boleh jadi satu masa yang singkat ini kita juga bakal diperkenalkan lagi dengan cermin mata yang sudah ada internet hingga dekat dimata kita,tidak perlu mencari2 lagi...

Betapa mudah dan bahaya kesannya kepada masyarakat kita khususnya anak2 muda.Apa yang berlaku pada anak2 muda kita pada hari ini???Ditambah pula lagi suasana politik yang semakin meruncing dan melanda mentaliti minda masyarakat mahupun mahasiswa,anak muda yang kian separa sedar ini,apa sebenarnya yang berlaku pada realiti masyarakat kita pada hari ini???Dimana kestabilan akal yang dianugerahkan Allah SWT kepada mereka untuk berfikir itu.sehinggakan nafsu bebas dibiarkan menguasai diri bahkan nafsu ini juga dijadikan teras didalam kehidupan manusia ini yang semakin umur manusia meningkat tua namun nafsu itu sentiasa berada diusia muda kerana nafsu inilah sentiasa menginginkan keseronokan dan nafsu inilah jua yang menjadi punca kepada jiwa anak2 muda mahupun masyarakat kita pada hari ini rosak dan terus rosak.

Namun apakah tiada jalan penyelesaian disebalik penyakit ini???setiap penyakit ada ubatnya.jika tersalah ubat maka makin parahlah penyakit tersebut.jadi untuk merubat penyakit2 tersebut ialah dengan mencari dan terus mencari ubat yang sesekali tidak pernah membawa kerugian mahupun kesakitan dalam jiwa manusia,iaitu dengan mencari mahupun mendalami ILMU.

Bila dirungkaikan apa erti disebalik ILMU banyak ilmu yang perlu kita cari sebagai melengkapkan diri kita sebagai sebenar2 mukmin yang berjaya...Adakah cukup apabila kita belajar didalam kelas bagi yang bergelar murid? Adakah cukup apabila kita hanya belajar di dalam kuliah bagi yang bergelar mahasiswa? Adakah cukup hanya kita belajar dengan seoarang guru di masjid ataupun belajar didalam tv mahupun radio bagi yang bergelar masyarakat???Tidak saudara2 sekalian..tidak..tidak semudah itu...



Pelbagai ILMU yang kita boleh dapati melalui anugerah ALLAH SWT ini iaitu dimana pengetahuan manusia mempunyai berbagai sumber iaitu:
1)Wahyu
2)Ilham
3)Institusi
4)Pancaindera
5)Akal(berfikir)
6)Pengalaman

Seandainya manusia pada hari ini menggunakan nikmat yang Allah SWT kurniakan ini,nescaya tersingkaplah segala keraguan yang selama ini menjadi penghalang dekatnya manusia dengan pencipta.Dan apabila membicarakan tentang ketiga2 rukun agama ini,iaitu ISLAM,IMAN,dan IHSAN.Maka lahirlah tiga cabang ILMU yang wajib dipelajari dan difahami oleh setiap mukallaf.iaitu:
1)ILMU FEQAH
2)ILMU TAUHID
3)ILMU TASAUF

Apa yang penulis ingin bawakan pembaca2 dimana marilah kita sama2 renungi adakah kita telah berjaya menguasai ketiga2 ILMU yang penulis nyatakan tersebut???ILMU yang menjadi teras untuk mengahalang nafsu yang tidak terdidik itu agar lebih terdidik dengan penguasaan ILMU yang telah kita miliki.

Untuk mengenal apa itu ILMU maka seharusnya kita mengenal siapa itu GURU2 kita...Bukanlah dengan kita beralasan untuk tidak menghadiri majlis ilmu hanya kerana identiti mahupun ustaz tersebut tidak menepati cara ataupun gaya yang kita inginkan...berapa ramai masyarakat diluar sana telah menyalah ertikan konsep dalam menuntut ILMU.Memilih2 guru yang sesuai dengan gaya dan kehidupan mereka...Mencari2 kesalahan disebalik apa yang bakal dikatakan oleh ustaz2 tersebut.Betapa butanya hati2 kita untuk menilai tahap ilmu itu.Ilmu itu bukanlah seperti barang lelongan dipasar2...untuk dipilih mahupun memilih2,namun ilmu itu adalah kemuncak kita lebih mengenal siapa diri kita sekaligus menegenal tujuan kita dihidupka bahkan mengetahui kepada siapa bakal kita dikembalikan..

Ayuhlah kita mencari ilmu Allah yang luas ini,dimana berapa ramai dikalangan masyarakat kita masih leka dan terus terleka dengan ibadah solat yang dilakaukan sehari semalam lima waktu.hanya kerana kita sombong untuk mencari ilmu.Maka teruslah kita dengan kejahilan yang mnyesatkan...andai ibadah solat ini tidak mampu dijaga dan difahami oleh segelintir masyarakat kita,maka bagaimana kita mampu mencegah kemungkaran yang ada pada kita dan diesekeliling kita,malahan bagaimana pula kita mampu melaksanakan kewajipan yang lain,sedangkan ibadah yang utama ini telah dipenuhi dengan kejahilan dan malasnya kita untuk mencari ilmu.Betapa rugi dan sia2nya amalan orang2 yang tidak mempunyai ilmu ini.carilah ilmu di masjid2 mahupun dimana2 sahaja yang mampu menjadikan kita sebenar2 mukmin yang benar dalam mengelokkan ibadah mahupun amal kita dihadapan Allah SWT.Jangan kerana kita sudah mengetahui ilmu yang bakal diajarkan oleh guru2 kita sudah tidak mahu menghadiri majlis ilmu tersebut,namun percayalah setiap ilmu yang bakal kita dengar mahupun tajuk yang sama bakal dikupaskan di majlis ilmu itu,ia juga bakal menghasilkan pertambahan ilmu yang benar2 menguntungkan kita.



Apabila kita mengetahui hebatnya amal disebalik ilmu maka pastinya kita tidak akan pernah merasa cukup dengan ibadah wajib.sebaliknya ditambahkan lagi dengan amalan2 sunat.Apabila kerja buat kita tidak khusyuk kepada Allah SWT maka jauhlah kejayaan yang dijanjikan daripada Allah kepada kita.Apabila manusia ini jauh dari pengetahuan ILMU maka bersiap sedialah kita dengan kehancuran dunia akibat bikinan tangan2 dan kelalaian kita sendiri.sesungguhnya akal yang tidak disusuli ilmu akan lebih parah dan merosakkan individu sekaligus masyarakat itu sendiri.Oleh itu,Ibu bapa kenalkanlah anak2 kalian dengan ilmu agama,perhatilah setiap gerak langkah anak2 agar tidak bergaul bebas sehinggakan tidak mengenal siapa mahramnya.Dengan dunia yang ada pada hari ini,sedarlah kita agar mempersiapakn ILMU dan AMAL agar kita tidak jauh dari Rahmat ALLAH SWT dan ditimpa kesesatan yang nyata.

ingatlah dimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"sesiapa yang menghendakkan dunia perlulah ia kepada ILMU,sesiapa yang menghendakkan akhirat maka perlulah ia kepada ILMU,dan sesiapa yang menghendakkan kedua2nya maka perlulah ia kepada ILMU"

ada kata2 hikmah yang menyebut:
"Sesungguhnya menuntut ilmu bagai nelayan ke laut,makin ketengah makin banyak hasilnya"

Sabda Nabi SAW juga bermaksud:"Barangsiapa yang menempuh perjalanan,kerana mencari ilmu,maka kelak ALLAH akan permudahkan baginya jalan ke syurga"

Sekalipun seluruh dunia kita jelajahi untuk mencari ilmu ini,namun sedarlah kita bahawa ilmu yang kita miliki itu sebenarnya apabila dilihat burung yang meneguk air di lautan yang apabila jatuh titisan air dari parunya.maka itisan itulah ilmu yang ada pada manusia jika dibandingkan seluas lautan ilmu ALLAH SWT.moga Allah SWT meletakkan kita bersama golongan2 yang ditetapkan hati kepada agamaNya dan ketaatan kepadaNya.Amin

1 comment:

  1. aamiin Ya Rabbal'aalamiin.
    Moga dipermudahkan Allah dalam usaha kita mencari ilmu dan dapat kita beramal dgn sebaiknya...Insyaallah.
    ~BERILMU UTK BERAMAL~

    ReplyDelete