Friday 6 May 2011

KERONCONG JIWA

YA ALLAH hari2ku berlalu dengan suasana dunia yang dipenuhi pelbagai mehnah dan fitnah ini.Rusuhan demi rusuhan mahupun pergolakan politik yang hangat diperkatakan disaat ini dari dalam negara sehinggalah luar negara.Dengan hari ibu yang bakal menjelang...dan segala macam yang ditempuhi manusia hari ini.Akan tetapi adakah ini yang ku ingin perkatakan?tidak.yanag ingin ku katakan disebalik realiti dunia yang ada sekarang dimanakah letaknya pengorbananku terhadap ISLAM???Dimanakah pengorbananku sebagai seorang HAMBA???terkadang naluri mahupun fitran yang ada pada setiap insan ini membuatkan ku terleka seketika dek hasutan syaitan mahupun keinginan nafsu yang sentiasa mencengkam.Sebagai anak muda yang masih jauh langkah yang perlu ku atur demi kenikmatan ukhrawi yang ku cari2 selama ini,namun Adakah aku mampu mahupun berjaya menghadapi mehnah dan tribulasi kehidupan duniawi ini...Diusia yang dikelilingi dengan persekitaran sumber2 yang sedikit sebanyak membuatkan diriku alpa dan leka sekalipun aku tidak menginginkan semua itu.

Apatah lagi bila diusia ini juga aku sering terfikir siapakah insan yang bakal tercipta untukku...Adakah ia tercipta untukku didunia ini ataupun diakhirat sana nanti.semua itu kadangkala membuatkan ku terfikir dek persoalan yang sentiasa bertandang untuk ku memikirkannya sekaligus memberi jawapan bagi menyenagkan hati orang yang mengharapkan penjelasan disebalik persoalannya itu.Apa yang boleh,akan ku berikan jawapan yang mungkin juga tidak mengguris hati2 mereka.Dengan tekad dan keazaman yang ada akan ku cuba menjauhi diri dari cinta makhluk sekalipun tanpak indah namun disitulah mulanya titik hitam yang boleh menghijab diriku jauh dari pencipta...Biarlah masa yang menentukan siapa pemilik cintaku agar cinta itu tidak diisi dengan fitnah yang seringkali dianggap halal dikalangan anak muda masa kini.melalui budaya chatting,mesej,calling,yang sebenarnay tidak mempunyai apa2 tujuan melainkan kepuasan nafsu semata2..biarlah cinta itu menjadi fitrah dan menyinar terhadap diriku dan anak2ku kelak.

Namun inilah perjalananku yang harus ku tempuh setelah diriku melalui masa2 silam yang sesekali tidak akan ku menoleh ke belakang lagi.Biarlah ia berlalu sebagai satu penyesalan disebalik pertaubatan seorang Hamba.Mulanya penghijrahan inilah aku mula mengenali siapa itu Pencipta.aku mulai mengenali tahap manakah diriku sebagai hamba yang teramat hina disisiNYa.Aku mula mencari dan terus mencari siapakah aku padaNya..inilah cinta yang dikatakan sebenar2 cinta dan makrifat dimana aku cuba mendalaminya dalam kehidupanku.Bagaimana cara untuk ku mengetahui jalan makrifah itu maka aku mulai minat untuk belajar dan terus belajar serta memperolehi guru mahupun murabbi yang mursyid sehinggakan aku mampu ke tahap ini sekalipun kadangkala nurani hamba ini ada turun naik dan pasang surutnya.

Sekalipun itu yang berlaku terhadapku namun ia bukanlah penghalang bagiku untuk mempersiapkan diri sebagai seorang hamba agar beroleh redho dariNya.sesekali jiwaku penuh dengan maksiat sehinggakan aku mulai jauh dariNya namun disaat aku tersasar DIA sering mendampingiku agar aku kembali kepangkal jalan.Aku malu..hambaMu ini malu ya ALLAH malu kerana hinaNya hambaMu ini dihadapanMu.Adakah layak jiwa yang kotor ini menagih kasihMu ya RABB.Ampunilah hamba yang terlalu kerdil ini ya ALLAH..
hanya ENGKAUlah tempat untuk ku mengadu dan meminta pertolongan.

Aku mulai mengupdate diriku dengan sedaya upaya melazimkan diri disebalik kekuatan dariNya untuk ku melazimi zikir2,selawat keatas Baginda Muhammad SAW.disetiap hariku disususuli dengan ibadah sunat yang sering kali amat payah untuk ku lakukan terutama solat tasbih.namun akan ku cuba penuhi sebaiknya amalan wajib agar aku tidak diertikan sebagai hamba yang tidak pernah bersyukur.nauzubillah.Ya Allah sekalipun sebegini kasih pendambaan seorang hamba dipersembahkan kepadaMu.Namun aku yakin ia bukanlah nilainya melainkan ENGKAU sahaja Maha mengetahui rahsia disebalik hati seoarang hamba ini.Disebalik kesungguhan ini hamba tiada mengetahui yang manakah menjadi pilihanMu ya Allah...kerana begitu banyak dosa2 yang telah ku lakukan ya Allah...


Bukanlah dengan ibadahku ini aku telah layak untuk memiliki syurgaMu Ya ALLAH,sebaliknya aku masih jauh jika dibandingkan dengan para kekasihMu..para pencintaMU Ya Allah bantulah hamba yang hina ini untuk mendekatkan diri kepadaMu...aku terlalu dahagakan cintaMU ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim..bimbinglah daku ya Allah..keluarkanlah daku dari pengurusan makhluk dan nafsu ini ya Allah..agar aku mampu memiliki kedudukan disisiMu ya Allah..agar kelak tiada lagi hijab diantara aku denganMu...Ya Allah inilah rintihan hamba yang sering bergetar disebalik jiwa hamba ini.Janganlah ENGKAU gelapkan hatiku selepas EGKAU berikan hidayahMu kepadaku.Sesungguhnya tiada yang boleh mengampunkan dosa ini melainkan ENGKAU ya ALLAH...Ya Allah cintaMu sesekali tidak kan pernah terpadam mahupun disaat semua orang membenciku,manusia menghinaku,cacatnya rupaku kerana disitulah tempat pandangan makhluk namun akan ku pelihara dimana tempat yang menjadi pandanganMu ya Allah iaitu hatiku....Apa yang penulis risaukan adalah dimana:

Sebab Mengapa Doa Kita Tidak Dimakbulkan

Setiap hari kita menadah tangan berdoa memohon bermacam perkara dari Allah.Siang malam pagi petang kita berdoa. Malah ada masa-masa kita berdoa hingga mengeluarkan air mata. Namun, mengapa doa kita masih tidak diperkenankan? Mengapa Allah tak makbulkan doa kita? Apa silapnya?

Sedangkan Allah Ta'ala telah pun berjanji melalui firmanNya di dalam Quran;

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’minun : 60)

Allah telah berjanji, tapi hairan,mengapa doa-doa kita langsung tidak memberikan sebarang kesan. Apa kita minta dan doa hari-hari, tak pernah kita dapat. Di mana silapnya? “Mengapa doaku tak di kabul?”

Pertanyaan ini sebenarnya pernah dilontarkan kepada seorang ahli sufi dan wali terkenal, Ibrahim bin Adham. Apabila ditanya “Mengapa doa tidak dikabulkan?”.
Lantas Ibrahim Adham pun menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah mati.”
Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”.
Beliau menjawab, “Ada beberapa perkara, diantaranya:
1- Kamu mengetahui hak Allah, tapi kamu tetap tidak menunaikan hakNya itu. (Malah ada ramai pun yang tak tahu apakah itu hak-hak Allah yang perlu kita tunaikan, tahukah anda?)

2- Kamu membaca Al-Qur’an tetapi kamu tidak mengamalkan hukum-Nya. (Yang baca Quran memang OK, tapi bacakah anda? Baca Quran pun jarang sekali, tapi mengharapkan doa dimakbulkan…)

3- Kamu mengatakan cinta Rasulullah tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya. (Kita ni jangan kata cinta, sesetengahnya malah memperlekeh sunnah-sunnah Nabi SAW. Kata sunnah dah ketinggalan zaman dan sebagainya.)

4- Kamu mengatakan takut mati tetapi masih tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi mati. (Bersediakah anda untuk mati? Apa bekalan yang kita dah persiapkan?)

5- Kamu mengakui bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu ikut perangai syaitan. (Cuba periksa diri, apakah perangai syaitan yang ada dalam diri kita?)

6- Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api neraka, tapi kamu sendiri yang melemparkan dirimu ke dalamnya. (Doa minta jauh azab neraka kononnya, tapi dosa dan maksiat kita buat dengan selamba jer. Boleh makbul ker doa kita?)

7- Kamu ingin memasuki Syurga, tapi kamu masih tidak melakukan amal soleh. (Kita hari-hari minta doa untuk masuk syurga, tapi buat amal ibadat malas. Solat kita cuaikan, solat sunat jarang sekali, quran kita tak baca, zikir memang tak buat, sedekah amal jariah kita kedekut taik hidung masin. Tapi kata nak syurga. Macammana tu?)

8- Kamu sibuk memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, sedangkan keburukan dan kesalahan diri sendiri tidak pernah kamu hiraukan. (Asyik-asyik kata orang ni salah, orang ni tak betul. Kutuk sana kutuk sini. Tapi rupa-rupanya 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih')

9- Kamu mendapat pelbagai kenikmatan yang diberikan Allah swt, tetapi kamu tidak pernah bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah. (Tubuh badan sihat sokmo, perut kenyang sentiasa, tapi 'Alhamdulillah' pun tak boleh nak ucap.)

10- Kamu menguburkan jenazah orang lain, tapi tidak menginsafi diri kamu sendiri bahawa kelak kamu juga akan dikuburkan. (Tengok berita atau baca cerita pasal orang mati hari-hari, tapi tak pernah rasa insaf melihat kematian. Kita duk rasa nyawa kita panjang lagi. Kita rasa kita boleh hidup lama lagi. Lantas kita menjadi begitu culas dalam membuat bekalan hari kemudian.)

“Jika begitu, bagaimana mungkin Allah dapat mengkabulkan doa kamu?”


Itulah diantara sebab-sebab mengapa DOA kita tak dikabulkan oleh Allah swt. Padahal kita sangat mengharapkan doa kita dikabulkan oleh Allah swt, dan permintaan kita segera dijawab oleh-Nya.

Apa-apapun, kita TIDAK seharusnya berputus asa dalam berdoa. Yakinlah, jika kita minta pada Allah dengan penuh pengharapan, insyaAllah permintaan kita pasti diperkenankan.

Sepertimana para sufi mahupun kekasih Allah memiliki rasa ini begitu jualah akan ku cuba jelajah nurani seorang hamba seperti kata yang dapat kita kongsikan ini untuk menjadi sebenar2 makhluk yang bersyukur..

اخرج عن الخلق, زاد ايمانك, اخرج عن نفسك, زاد يقينك
Keluarlah dari kholqi (makhluk), maka imanmu akan bertambah, Keluarlah dari nafsumu, maka keyakinanmu akan bertambah..


اذا تريد أن تعريف منزلتك عند الله, فانظر منزلة الله في قلبك
Jika kamu ingin tahu kedudukanmu disisi ALLAH, maka lihatlah kedudukan ALLAH (hudur) di dalam hati kamu..

أستغفر الله من قلة الصدق في قولي

No comments:

Post a Comment