Sunday 24 July 2011

Tiada ruang sengketa untuk mengenaliMu
















Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar...

Ya Allah...
Dalam sedar dan tidak
disebalik kealpaan semalam
Semakin cintaMu ku buru
Semakin rinduMu ku tagih

Rupanya aku masih disini
Masih menjadi seorang penagih
yang sarat merintih
kerana diriMu yang amat ku kasih

Dalam keasyikan itu kuingin terus merebut cintaMu
makin direbut makin ku terasa kuat
kerana ada insan yang hebat dariku
hebat dalam persembahan cintaNya terhadapMu

Namun akan terus ku jejakinya
kerana cintaMu tiada ruang sengketa
Malahan pengubat duka lara

Ya Allah...
Akan ku jejak cintaMu
bersama mereka yang KAU cinta
Agar kasihMu dapat dirasa
Bagi hamba yang selayaknya untuk KAU cinta...

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar! Letakkan aku dikalangan mereka yg hebat, agar cinta pdMu semakin kuat...

    ReplyDelete