Sunday 24 July 2011

Muslim sebenarkah kita???



Apabila penulis cuba renungi disebalik terciptanya sebuah kehidupan.Semakin tersingkap keindahan disebalik ciptaan dan anugerah Allah SWT ini.Namun apa yang ingin penulis rungkaikan adalah disebalik gaya mahupun bagaimanakah corak hidup kita? lebih2 lagi seorang yang beragama islam sekaligus seorang hamba yang penuh dengan tugas dan tanggungjawabnya ini.

Apakah hanya sekadar hidup untuk diri sendiri tanpa memikirkan orang lain.lagi2 orang yang hampir dengan kita.Secara terangnya adalah dimana seharusnya kita meletakkan tanggungjawab kita terhadap diri dan orang lainnya???

Pendekatan yang dekat cuba penulis kaitkan adalah dalam situasi sesebuah rumah tangga itu.Dimana kalau kita amati disana semua perlu memainkan peranannya iaitu,sebagai seorang ayah,suami,ibu isteri,mahupun anak2.sume itu berkait rapat hal yang ingin penulis bincang dan cuba ketengahkan ini.

Bermula kepada seorang ayah,Benar memegang tanggungjawab seorang ayah ini besar tugasnya didalam mahupun diluar.Namun adakah perlu kaum bapa ini meremehkan perkara-perkara yang kecil???sekalipun tanpak biasa tapi ia bakal memberi impak dan kesan yang besar buat keluarga terutama anak-anak dan lebih buruk lagi apabila bersama msyarakat lain diluar sana.

Iaitu berkaitan tingkah laku yang agak menjengkelkan,kenapa penulis ingin sangat sebutkan disini adalah kerana sikap dan tingkah laku yang buruk itu perlu diperbaiki dan diubah demi memelihara kesopanan dan adab yang mulia sesama manusia seperti mana yang telah diajarkan oleh Baginda Muhammad SAW.Apabila ia dibiarkan ini akan memburukkan lagi adab dan sikap orang islam itu sendiri.

Sebagai seoarang ibu menyediakan masakan kepada suami dan anak2 itu adalah tugas yang sangat mulia,namun apakah kita selaku suami dan anak2 ini tidak mahu membalas kemuliaan itu???Apabila dihidangkan makan dengan cara yang agak gelojoh...lauk yang habis dimakan dibiarkan atas meja...berselerakan tidak serupa seperti yang dihidangkan.

subhanallah...manusiakah ini???muslimkah ini???

Apabila ditanya kenapa tak tolong kemaskan?mudah je jwapannya...xde apa2 pun..biasa je.Aduh...Mungkin bagi isteri yang solehah ini adalah ganjaran pahala bagi mereka yang sabar dan ingin merebut peluang berkhidmat buat suami.Namun khidmat yang mulia ini akhirnya akan beralih menjadi kebencian kerana sikap yang tidak elok yang masih boleh diperbaiki ini jika dibiarkan lama kelamaan ia akan membawa padah...kerana kita semua adalah manusia biasa..

Hebatnya kehidupan ini...

Tidak semua apa yang kita buat orang suka,dan tidak semua yang orang buat kita suka.
Jadi lakukanlah perkara yang baik sepertimana kita suka orang lain berbuat baik kepada kita...Jika direnung kepada kisah2 di zaman nabi SAW.Akhlak mulia itu amat penting dalam kehidupan seharian.Lebih2 lagi adalah apabila ramainya Musyrikin dizaman Rasulullah SAW memeluk agama ISLAM,hanya semata2 kerana akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Baginda SAW itu sendiri bagi diteladani ummatnya diabad ini.

Tapi sayangnya sedikit sangat menjadi rebutan ummat islam dizaman ini untuk terus mengamalkan dalam kehidupan seharian...Sepertimana yang penulis nyatakan melalui artikel yang sebelum ini adalah dimana sebagai manusia untuk mendapatkan sesuatu yang baik dari orang lain,maka kita perlulah memberi dahulu kebaikan itu.Agar kita juga dapat merasai kemanisan dalam mengamalkan akhlak mulia tersebut...Kerana manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh,tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia...Burulah akhirat yang pasti melalui dunia yang penuh onak dan duri...Jadilah muslim yang sebenar bagi meniti jambatan syurgawi

Apabila kita cinta pada Allah swt, dan kita cinta pada Agama ini, maka kita akan berbuat lebih dari apa yang diminta daripada kita...

Selamat beramal...

No comments:

Post a Comment