Saturday 23 July 2011

memburu cinta ILAHI disebalik cinta INSANI



sekian lama diri ini meniti sepi.Alhamdulillah akhirnya dengan izin dariNya bersua kembali...Sebenarnya rindu sentiasa bertamu dalam minda untuk menitip bait bicara di ruangan ini. sekalipun masa agak membatasi.

seminggu dua yang lalu banyak juga topik yang ingin penulis kongsikan...tetapi ianya hanya berlegar di minda...tak terukir melalui bicara,tetapi akan penulis cuba membatasi masa yang ada untuk berkongsi bersama...

Apa isunya kali ini adalah berkaitan Siapakah kita disamping manusia???dan siapakah kita disisi PENCIPTA???ntah kenapa penulis rasa begitu berminat untuk dikongsikan bersama kalian..apabila penulis teringat akan bicara ini..

"Kenapa la ibu nie tak boleh jaga anak dia???lepas tue menyusahkan orang lain pulak..."

keadaan ini berlaku kepada seorang ibu yang memiliki ramai anak dan kehidupan penuh
dengan kesederhanaan.Suami tidak dijaga anak-dibiarkan begitu sahaja,sering menyusahkan keluarganya sedangkan emaknya sakit tenat.Hanya kerana ingin mendapatkan perhatian dan kesenagan yang dimiliki oleh orang lain...Namun adakah dengan kesederhanaan kehidupan yang kita miliki memungkinkan kita untuk menyusahkan orang lain yang berada disekeliling kita.Apakah kita tidak pernah merasa cukup atas apa yang dikurniakan Allah kepada kita.

Selama mana kita yang berkehidupan sederhana ini memandang orang2 yang agak mewah dari kita sudah pasti penyakit hasad bakal menyelubungi sehingga ia bakal mngundang parahnya hati...

andai kita memandang orang dibawah yang lebih teruk dari kita pasti kita akan lebih mensyukuri apa yang telah kita miliki.Inilah lumrah kehidupan yang telah Allah Taala lakarkan kepada hamba2nya.cumanya adakah hambaNya ini sikit atau bnyak bersyukur pada tuhanNya...

Mengapa kita perlu menyusah dan membebankan orang lain dengan masalah yang kita ada?
Sedangkan andainya kita miskin sekalipun sekiranya kita hidup penuh dengan redho dan bijak menggunakan rezki yang ada nescaya kitalah lebih bahagia dan mulia dari mereka yang kaya tetapi merana...

Sememangnya manusia ini tidak sempurna kebaikan yang ada padanya.Namun adakah sepatutnya dengan tidak kesempurnaan itu kita lebih menonjolkan keburukan yang ada pada diri kita.Jangan kita hidup seadanya pasrah atas apa yang telah ada.
Namun jadilah kita manusia yang berjaya.Cemerlang dengan peribadi yang tinggi,tulus sesama manusia dan telus dihadapan Allah SWT.Agar nikmat kehidupan ini dapat dirasai bersama.

Itulah hakikatnya ilmu perlu penuh didada,bagi membantu mendorong manusia memperbaiki kelemahan yang ada supaya tidak terus membebankan manusia lainnya. Jangan kita dikatakan memaksa membuatkan orang lain terpaksa berbuat baik kepada kita.Biar orang lebih cenderung menolong kita dengan hatinya...kerana dikhuatiri keterpaksaannya itu membuatkan kita menyesal diakhirat kelak atas ketidak tulusnya orang itu mendoakan kita setelah kita tiada kelak.Oleh itu alangkah lebih indah andai kebaikan yang ada pada kita itu sekaligus mengikhlaskan doa2 dan meringankan dosa2 kita kelak.

Jangan biarkan orang suka akan pemergian kita dengan kelakuan kita yang tidak menyenangkan itu...Benarlah baik buruk manusia itu Allah yang menilainya.Namun adakah sikap yang sering menyusahkan orang itu dikatakan hubungan kita baik dengan Allah???jadi renung2 dan muhasabahkanlah diri kita agar kehidupan yang sementara ini menjadikan kita manusia yang bahagia hatinya dengan manusia dan PENCIPTA.

Oleh itu,Kita adalah apa yang kita fikirkan...andai kita inginkan perhatian dan kebaikan dari orang,mana mungkin kita akan perolehinya andai kita tidak pernah memberi kebaikan itu...Hiduplah dengan memberi dari lebih banyak terus menerima...
Tiada nilainya kita sebagai seorang Ustaz mahupun ustazah sekalipun andai ilmu yang diajarkan itu tidak bisa diamal.Maka pentinglah seseorang itu mnjadi alim agar ilmu yang dpelajari dapat diamalkan walau berstatus apa skalipun seseorang itu.Kerana dihadapan Allah kita semua sama melainkan amal dan ketaatan kita...

Dekatkanlah diri kita dengan Allah SWT.Kerana sesungguhnya insan yang berjiwa hamba,perlu mempunyai dua mata diwajahnya,dan mempunyai lebih dari dua mata dihati.Agar cukup untuk melihat seluruh perkara akhiratnya....Usah gelisah apabila dibenci manusia,kerana masih ada yang menyayangi ketika didunia.Tetapi gelisahlah apabila dibenci ALLAH kerana tiada sesiapa yang menyayangi diakhirat sana...

selamat beramal...

No comments:

Post a Comment