Sunday 3 July 2011

BUATMU YANG KU KASIHI












Assalamualaikum ya ukhti..

Benar ikatan ini keranaNya
Benar jualah ukhwah ini untukNya

Bermulanya talian kasih ini
maka bermula jualah kasih yang terpatri

Antara jiwa hamba dan pencipta
melalui kasih sayang yang tidak pernah diduga

DIA menghantarkan secebis rasa
namun selaut kasih sayang yang tercipta

Sesungguhnya sahabat yang beriman itu
Bagaikan mentari yang menyinar
Ia juga bagai pewangi yang mengharumkan
Menjadi pendorong impian
Membawa kita menuju ke jalan Allah












Duhai Ukhti yang amat ku kasihi...

Sekalipun zahirnya kita tidak pernah bersua
namun Batinnya kita sudah lama bersama
Di dalam arena kesyahduan yang membara
kerana DIAlah kita tercipta
kerana DIAlah kita masih mencari sisa-sisa

Iaitu sisa-sisa pengharapan yang didambakan
bagi setiap HAMBA..

Moga setiap doa menjadi untaian diantara kita
bagi penemuan yang abadie di syurga...

Amin ya Rabbal Alamin....

2 comments:

  1. Subhanallah... T__T..
    tiada kata2 istimewa yg dpt diberikan
    namun secebis ucapan tanda syg dihulurkn sbagai penghargaan..
    Doa yg acik titipkn, akan sntiasa mkngah aminkn..moga Allah perkenankan tiap permintaan..
    spt mu jua, harapan mkngah agar ikatan istimewa ini sntiasa dilimpahi rahmat dn kasih drNya... Insyaallah.
    ~ syg acik tiap waktu ~

    ReplyDelete