Sunday 10 April 2011

DIMANAKAH KITA??


WAHAI MUSLIMAH SEKALIAN……
Masih ingatkah anda Rasulullah S.A.W telah memberi peringatan”Wahai kaum Wanita,bersedekahlah dan banyakkan beristiqhfar…kerana sesungguhnya,aku mengetahui bahawa kamu golongan yang banyak sekali antara AHLI NERAKA”(Hadis Riwayat Bukhari dan Ibn Majah)
Ku memerhati diluar sana…melihat Muslimah seakan-akan lupa pada peringatan Rasulullah S.A.W ini. Berapa ramaikah dikalangan kalian masih belum mengenakan tudung???Berapa ramaikah dikalangan kalian bertudung tetapi…….masih NIPIS,SINGKAT & MENDEDAHKAN DADA.Berapa ramaikah dikalangan kalian bertudung sempurna tetapi….masih MEMAKAI SENDAT,MENDEDAHKAN LENGAN dan KAKI?Berapa ramaikah dikalangan kalian berlebih-lebihan dalam perhiasan….masih meragui keindahan ciptaan asli oleh ALLAH???Berapa ramaikah dikalangan kalian bermanja-manja suara dengan lelaki selain keluarga?


Wahai muslimah sekalian……
Adakah sudah cukup kita cantik ,anggun ,dan indah dimata manusia...seandainya kita hina,kotor pada pandangan PENCIPTA kita...sedangkan apa yang kita miliki hanyalah sekadar pinjaman yang tiada kekalnya....
Masih ingatkah kalian akan peringatan Rasulullah S.A.W?Mengapakah kalian tidak patuh….tanpa kepatuhan,kalian dikira mendustakan usaha Nabi!Pendustaan adalah penghinaan…dan berpeluangkah wanita tidak patuh & ingkar untuk mendapat rahmat ALLAH dan syafaat baginda?wahai suami dan ayah,jauhi sifat dayus & laksanakan tugasmu…Pastikan aurat muslimahmu terpelihara…
“Dunia ini penuh perhiasan,dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah”(Hadis Riwayat bukhari)


MUSLIMAH YANG SEJATI ADALAH APABILA DIA TELAH MENJAGA AURATNYA DILUAR DAN DALAM...


Andai redho Allah yang dicari layakkah kita menerimanya dengan penuh pengharapan... sekiranya kita hanya memikirkan apa yang manusia suka berhati-hatilah agar murka Allah tiada di situ....

2 comments:

  1. http://kamarulhelmi.blogspot.com/2011/04/hakikat-tudung.html

    buka blog ni tau.. klik je kat [link] di shoutbox tu..
    kongsi ilmu ngan kakcik ye..sebarkan pd shbt2.

    ReplyDelete