Sunday 10 April 2011

Layakkah kita???

CINTAILAH RASULULLAH

Kerana baginda sangat menyayangi kita.
Daripada Abbas r.a Rasulullah SAW bersabda:”Orang pertama yang dibangkitkan dari kubur dihari kiamat ialah MUHAMMAD SAW.

Jibril a.s akan datang kepadanya dan membawa bendera dan mahkota
Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.
Israfil bersuara:”Wahai roh yang baik!kembalilah ke tubuh yang baik maka,kubur terbelah dua.Pada seruan yang ketiga,ketika Rasulullah SAW berdiri,baginda SAW telah membuang tanah diatas kepala dan janggut baginda SAW.

Baginda SAW melihat kanan dan kiri Baginda SAW dapati ,tiada lagi bgunan.
Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Baginda SAW bersabda:”Kekasihku Jibril!Gembirakanlah aku!”
Jibril a.s berkata:”Apakah yang kamu lihat dihadapanMu?”
Baginda SAW bersabda:”Bukan seperti itu pertanyaanku”
Jibril a.s berkata:”Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak diatasMu?”
Baginda SAW bersabda:”Bukan itu maksud pertanyaanku.
Baginda SAW bersabda:”Aku bertanya kepadamu akan UMATKU. Dimana perjanjian mereka?”
Baginda SAW bersabda:”Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini,Aku akan mensyafaatkan UMATku.”
Jibril a.s menyeru”Wahai sekalian makhluk,datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”Umat-umat dtang didalam keadaan satu-satu kumpulan.

Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat,Baginda SAW akan bertanya:”Dimana UMATku?”
Jibril a.s berkata:”Wahai Muhammad!Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila Nabi Isa a.s dating.Jibril a.s menyeru:Tempatmu!”Maka Nabi Isa a.s dan Jibril menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata:”Mengapa kamu berdua menangis.”
Jibril a.s berkata:”Bagaimana keadaan umatMu, Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya:”Dimanakah umatku?”

Jibril a.s berkata:”Mereka semua telah datang.Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian,Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya:
“Wahai Jibril!Bagaimanakah keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Jibril a.s berkata:”Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”
Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa.Mereka menangis serta memikul beban diatas belakang mereka sambil menyeru”wahai Muhammad!”
Nabi Muhammad SAW bersabda:”Wahai umatku,”Mereka berkumpul disisnya.Umat-umatnya menangis.



Allah Taala berfirman didalam keadaan DIA amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi.”Dimana umat Muhammad SAW?”
Jibril a.s berkata:”Mereka adalah sebaik umat.”
Allah Taala berfirman:” wahai Jibril!Katakanlah kepada Kekasihku Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan dihadapanku.”
Jibril a.s kembali di dalam keadaan menangis lalu brkata:”Wahai Muhammad!Umatmu telah dating untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW berpaling kearah umatnya lalu berkata:”Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Allah Taala telah berfirman:”Hari ini kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang mereka telah usahakan.

Hari ini,Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu,dan aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu.
Suara tangisan dan jeritan semakin kuat.nabi Muhammad SAW menyeru:Tuhanku…Penguasaku…Penghuluku…!aku tidak meminta untuk diriku.
Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!”
Ketika itu juga neraka jahanam berseru:”Siapakah yang akan memberi syafaat kepada umatnya?”

Neraka pula berseru:”Wahai Tuhanku..Penguasaku…dan Penghuluku!Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari siksaannya!Selamatkanlah mereka dari kepanasanku,bara apiku,penyeksaanku dan azabku!sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah.Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih.
Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya.
Sekali,Baginda SAW sujud dihadapan Arsy Allah S.W.T
Dan sekali lagi Baginda SAW rukuk untuk member syafaat kepada umatnya.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.
Mereka berkata:”Maha Suci Allah!Hamba yang paling dimuliakn Allah Taala ini,begitu mengambil berat hal keadaan umatnya.
Fatimah r.a bertanya:”Dimana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti,Wahai Bapaku?”

Baginda SAW menjawab:”Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”
Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat.
Mariam,Asiah,Khadijah,dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk.Ketika Mariam sedang melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata:”Ini umat Nabi Muhammad SAW.Mereka telah sesat dari Nabi mereka.”
Suara Mariam telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW.
Nabi Adam berkata kepada Nabi Muhammad SAW:”Ini umatmu,wahai Muhammad!mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda:”Marilah kepadaku,wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman tidak melihatku.Aku tidak pernah lari dari kamu,melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah taala untukMu!”
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul disisinya.Ketika diatas sirat.Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik:”Wahai Malik!Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu,palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi’jika tidak,hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”
Nabi Muhammad SAW berhenti diatas sirat.Setiap kali,Baginda SAW melihat seorang daripada umatnya bergayut di atas sirat,Baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.

Nabi Muhammad SAW berkata:”TUHAN!selamatkanlah mereka!TUHAN!Selamatkanlah mereka!
Betapa kasih,cinta dan sayangnya Nabi Muhammad SAW keatas umat-umatNya…
persoalannya....Adakah kita terpilih dikalangan umat Baginda Muhammad SAW???dan Adakah kita layak untuk mendapat syafaat Baginda SAW???

No comments:

Post a Comment