Wednesday 27 March 2013

"ahlan ya binti "

Sudah agak lama bicara hati ini sepi,Namun ianya sentiasa rindu untuk bertamu lagi..Alhamdulillah ya Allah dengan kesempatan yang diberikan ini,kini jari jemari kembali riang menari lagi,bagi menukilkan sesuatu yang boleh dikongsi bersama,agar bisa menjadi sebuah perkongsian yang menyatukan hati sesama insani..insyaa Allah.
Pada tanggal 29/1/2013 dalam percaya dan tidak kami sudah bergelar sebagai ibu & ayah setelah hadirnya seorang hamba Allah yang menjadi amanah kepada kami suami isteri untuk menyemai permata hati sulung kami ini menjadi sebaik2 hamba Allah di muka bumi ini.
Sesuai dengan nama yang diberi 'siti khadijah' adalah agar anak kecil ini mampu mengikuti jejak isteri Rasulullah saw yang merupakan tokoh wanita pertama yang memeluk agama ISLAM dan wanita yang dicintai Baginda saw..
Walaupun belum cukup setahun perkahwinan kami..Alhamdulillah sujud syukur kami lantas dikurniakan anugerah yang terindah ini..moga kehadiran puteri sulung ini lebih memberi makna serta memeriahkan kehidupan sementara ini.
Sebagaimana yang kita tahu, urusan rezeki adalah ketetapan dan tidak wajar manusia merasa ragu dengan rezeki yang diperlukan bagi membesarkan zuriat mereka. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31)
Sesungguhnya tidak pernah diimpikan untuk berada diluar negara apatah lagi melahirkan puteri sulung dinegara orang..dan sudah pasti banyak pnglaman baru dan sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama :)
Di sini setiap wanita yang mengandung perlu mendaftarkan diri kepada 'mid wives' yang merupakan pusat yang menjaga ibu2 mengandung sehingga selamat melahirkan anak..boleh dikatakan ala mak bidan la macam kat malaysia tue...
Alhamdulillah sepanjang tempoh kehamilan mereka menjagaku dengan baik sekali,kadang2 kami bertemu di hospital dan kerapnya mereka yang datang ke rumah..Allah...rasa bertuah sangat.maklumla kan bila jauh dengan keluarga mesti rasa rindu untuk dijaga ibu dan keluarga saat mengandung apatah lagi bila sudah sarat..
Apa yang ku rasa sangat terharu dan kagum sekali bilamana sepanjang tempoh yang agak lama mereka menjagaku ini,sama sekali ku tidak pernah melihat mimik masam atau jemu mereka melayanku...tidak pernah lewat dari waktu yang dijanjikan..dan bagiku sukar untuk ku merasakan layanan sebaik ini dinegaraku sendiri..bukan hendak menghina tempat ku dilahirkan,tetapi inilah pengalaman dan pengajaran yang sngat mengharukan dan boleh menjadi satu kesedihan yang amat sangat bagiku kerana jarang dan mungkin tidak akan kita merasakan perkara yang sama di malaysia khususnya..
Apa yang menyedihkan lagi apabila mengenagkan bahawa mereka ini bukanlah orang ISLAM tetapi kaya dgn memiliki akhlak yang sangat baik..terkadang terasa malu dan kerdil diri ini bila bermuamalah dengan mereka kerana kita juga belum berjaya memelihara akhlak sebaik mereka..Allah..Dengan rasa sangat terpanggil dgn kebaikan mereka ini,ada masanya kami menyediakan makanan malaysia untuk dimakan lunch bersama2 dirumah stelah mereka selesai melakukan check up kepadaku dan baby.itu shj yang mampu dibalas atas kebaikan mereka dan selebihnya doa dipanjatkan agar mereka diberi hidayah oleh Allah swt utk mengenal ISLAM agar kebaikan mereka itu ammapu melayakkan mereka ke syurga bukan neraka ALLAH.
Hari makin hari dihitung maka sampailah saat bayi bersedia untuk dilahirkan...berdebar dan rasa tidak percaya pun ada..kerana ku sudah menjadi ibu..Allah..
Bermulalah saat Si kecil menapak dibumi ALLAH ini dan masih merasakan dirinya bagai dialam rahim lagi..sehinggakan masih berat untuk membuka matanya melihat keadaan dunia.. Si kecil masih samar2 untuk melihat dan mengenal apakah erti disebalik persinggahan di DUNIA.. si kecil semakin yakin dan bersemangat agar ada jalan yang baik bagi memulakan langkah2nya.. dan kini si kecil sudah membuka luas matanya untuk melihat ibu ayahnya sebelum melihat seisi dunia untuk memastikan mampukah dia menjadi seperti Saidatina KHADIJAH r.a
Oleh itu, lahirnya seorang anak bukannya sebagai satu keseronokan hidup atau menambahkan satu bebanan yang tidak tertanggung. Sebaliknya, kelahiran anak yang diharap dapat menyambung warisan kekeluargaan dan sebagai satu ujian Allah kepada pasangan suami isteri atau ibu bapa. Sebagaimana firman Allah SWT dalam (Surah Al-Anfal: ayat 28) : “Dan ketahuilah harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya disisi Allah jugalah pahala  yang besar”.
melalui sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
Maksudnya: “Bahawa setiap anak yang dilahir adalah didalam keadaan fitrah (suci bersih) dan ibubapa yang mencorakkan kehidupan mereka samaada menjadikannya Yahudi, Nasrani ataupun Majusi”.
disamping sentiasa bersyukur dengan kehadiran anak didalam keluarga ini.Sudah semestinya perhatian perlu kami berikan agar anak ini mampu menjadi insan bertakwa dan berguna kepada agama, bangsa serta Negara. Allah...sesungguhnya jadikanlah anak kami ini penyejuk mata n penenang dihati kami ini...Amin..

3 comments:

  1. aamiin.. aamiin Ya Rabbal'aalamiin.
    Subhanallah. ~ rindu utk bertamu disini.. :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah atas nafas baru ini..tme kasih m.ngah krn sudi jd pngunjung setia acik..skaligus pndrong utk acik..luv u <3

    ReplyDelete