Sunday 6 May 2012

indahnya KEBERKATAN

Hari ini genap 10 hari perkahwinanku.Namun disana masih ada rasa tidak percaya bahawa aku sudah bergelar seorang ISTERI,Dengan RahmatNya bermula dari tarikh diijab kabulkan 27/4/2012 kini aku sudah berada di Denuedin N.zealand disamping suami tercinta...Subhanallah. Masa yang agak singkat ini akhirnya telah menyedarkan aku bahawa nilai keberkatan itu lebih besar dari segala2nya...Dalam sibuk menempuhi alam rumahtangga,aku terbaca draft mesej suamiku yang diabaikannya di dalam peti mesej tanpa diberikannya kepadaku sebelum ini.Dan rasa terpanggil untuk ku kongsikan druangan ini : Apa yang amat terharu dan rasa bertuahnya aku dengan nikmat ALLAH swt ini dimana ayat yang tertulis di draft mesej itu berbunyi : "Ukhti,jika ana kurang mesra sebelum kahwin,itu adalah kerana ana tidak mahu kemesraan sebelum kahwin itu menjadi sebab ketidakberkatan rumahtangga yang akan dibina,ingin ana mengingatkan diri ana dan ukhti bahawa perkahwinan itu membawa keberkatan,tetapi ia juga satu ujian hidup,ada ombak dan air tenangnya.Ada ribut dan cuaca cerahnya,ada ujian yang diduga kaffarah kepada dosa,ada yang tidak diduga kerana itu jalan yang perlu ditempuh untuk buktikan iman kita,kadang2 ia berterusan dan berat,kekadang ia kecil.Tugas suami isteri dalah tawasi dengan kesabaran dan minta keteguhan.Bukanlah hidup orang beriman tidak akan diuji,maka kesenangan hidup berterusan itu satu alamat yang bahaya.Bukanlah kita para Nabi dan Rasul,Kita hanyalah manusia biasa yang harapkan redhaNya,kurniaan syurgaNya,terlepas dari azabNya,jaminan yang tidak ada untuk kita." Maha suci Allah atas pertemuan indah ini...ALHAMDULILLAH YA ALLAH. Setelah hampir 2minggu ku melalui kehidupan bersama SUAMI yang sebelum ini tidak pernah sama sekali ku kenali.Akhirnya ku meneyedari bahawa rencana ALLAH itu lebih indah dan sangat terindah kepada hamba2Nya.asalkan kita tidak pernah putus merasa yakin bahawa Allah itu maha Berkuasa atas tiap sesuatu.dan dia sentaiasa menambahkan lagi nikmatNya terhadap hamba2 yang tahu bersyukur. Ya ALLAH sesungguhnya dosa yang ku muliki, tidak layak untuk ku mendapat nikmatMu ini,namun KAU maha Memberi.Ya ALLAH..berilah kekuatan untuk ku terus mensyukuri nikmatMu tanpa jemu...Alhamdulillah Ya ALLAH

2 comments:

  1. Subhanallah.. indahnya nikmat dr Allah.. moga abadi hingga ke SyurgaNya yang abadi... aamiin Ya Rabb.

    ReplyDelete