Tuesday 3 May 2011

BAHAGIAKAH KITA JIKA TIDAK BERSAMA ISLAM

Hari-hari yang dilalui bagaikan tidak sempurna andai tiada kata mahupun bicara penulis ke ruangan ini...setelah sebulan penulis menempuhi peperiksaan Alhamdulillah diberi kesempatan ruang dan peluang utk penulis berkongsi lagi pandangan bersama pembaca2 sekalian.Apa yang penulis ingin kongsikan pada saat dan ketika ini adalah berkaitan dimana penulis ada terbaca di laman blog saudara2 kita yang memandang ringan soal agama terutamanya agama Islam yang Allah s.w.t turunkan untuk kesejahteraan umat2nya ini.

Apa yang sedihnya ialah apabila saudara kita ini cukup bimbang dan risau sekiranya negara ini tertegak dengan syiar islam.kenapa anak2 muda ini terlalu bimbang dengan kehadiran sinar islam ini.semua itu adalah kerana segala kegelapan yang mereka agung2kan mahupun disegi hiburan dan keseronokan dunia ini akan berakhir bagi mereka.Apakah yang mereka katakan ini???Subhanallah..jangan kerana tingkah laku mereka ini kita dilaknat sepertimana firaun dan kaumnya dilakanat atas kesombongan mereka terhadap Allah s.wt.dan umat2 terdahulu.Kita umat hari ini perlu merasa bersyukur kerana dengan adanya agama Islam kita inilah kita masih diberi ruangan untuk merasai nikmat kehidupan,andai kita murka sudah pasti azablah siksaNya. Apa yang penulis ingin bawa kita yang diberi kesedaran islam ini fikir2kan adakah kita ingin melihat sahaja jiwa anak2 muda ini?yang telah rosak hanya kerana dihanyutkan arus dunia yang sememangnya tidak memberi mereka apa2 keuntungan pun.sekalipun berbagai komentar dilontarkan berikutan kenyataan anak muda itu.sehinggakan isu yang dibangkitkan itu mendapat perhatian ramai,seperti debat parlimen pula,kerana masing2 ingin membetulkan keadaan yang ada namun sedarlah kita adakah dengan cara yang sedemikian kita mampu membuka hati2 mereka yang telah hanyut dari mengenal sekaligus merasa cinta pada yang Maha pencipta...Hidayah milik Allah s.w.t hanya orang yang cinta akan agamanya sahaja yang sanggup bertegang lidah demi melihat agamanya terbela.teruskanlah betul2kan diri kita sambil menyeru orang lain kearah jalan kebaikan agar kelak kita mampu menjawab persoalan mungkar dan nangkir..

Betapa kesedaran yang tinggi perlu ditekankan kepada anak2 muda ini.
sekiranya mereka terlalu gembira dan asyik diatas kenikmatan yang dirasai namun pernahkah mereka menggunakan akal fikiran yang ada dengan berfikir sejenak siapakah yang memberikan kenikmatan itu dan untuk apakah diberikan kenikmatan itu?adakah kita selaku hamba yang diciptakan menerima tanpa kita perlu melakukan apa2 sebagai membantu ketika kita dihadapkan kehadapanNya kelak.sesungguhnya Allah mengutuskan seseorang hamba itu bukanlah untuk kenikmatan yang sementara melainkan beribadah kepadaNya.jadi layakkah kita bersenang lenang di dunia ini?tanpa ingin menerima sedikit pun ujian yang datang.sedangkan ujian itu adalah untuk menaikkan tahap iman kita kepada Allah s.w.t.

seperti jugalah kita inginkan wang ringgit untuk hidup yang sememangnya memerlukan kepada pekerjaan,begitu jualah diibaratkan kehidupan ini..andai kita inginkan gaji yang lumayan daripada tuan kita begitu jualah balasan yang hebat kita inginkan dari maha pencipta atas setiap amalan yang telah dilakukan,maka perlulah kita melaksanakan kerja kita selaku hamba dengan sebaik2nya.dengan mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan didalam al-quran.andai manusia meredhoi apa yang kita lakukan tetapi Allah tidak meredhoinya maka sedar2lah kita agar tidak terus disesatkan oleh Allah s.w.t atas bikinan dan kehendak mahupun kelalaian kita sendiri.maka seharusnya kita sedar dan kembalilah pada jalan Allah.sesungguhnya ia membawa keuntungan berlipat kali ganda kepada kita dunia mahupun akhirat.untuk mencapai kenikmatan itu bermulalah meniti jalanan dan mendayung sampan agar kita tidak terjatuh ditengah lautan luas ataupun terjatuh ditengah titian sirat kelak...nauzubillah

No comments:

Post a Comment