Sunday 24 April 2011

Sejenak Bersama





Alhamdulillah lafaz syukur dipanjatkan atas kudrat yang Allah SWT curahkan kepada penulis dalam menterjemahkan kefahaman penulis melalui bidang penulisan ini.Buat tatapan pembaca2 yang budiman yang amat penulis kasihi, terima kasih penulis ucapkan atas pandangan mahupun kunjungan kalian ke laman blog penulis ini.Sekalipun laman ini masih belum menapak kukuh dan mendapat kunjungan ramai,namun ianya bukanlah menjadi penghalang mahupun alasan bagi diri penulis untuk mnyepi dari arena penulisan ini.Biarpun karya mahupun artikel2 yang penulis cuba paparkan tidak menarik minat pembaca2 diluar sana,namun penulis akan cuba tekadkan semangat luaskan langkah demi memastikan tujuan penulis tercapai kelak sebagai pendakwah bebas mahupun dalam erti kata lain"bebas berdakwah"dalam apa jua latar belakang mahupun bidang yang mampu penulis sampaikan,untuk sekian kalinya,inilah langkah pertama penulis dalam mengembangkan minda jua pengetahaun untuk tatapan pembaca sekalian yang tidak jemu memberi dorongan pada diri penulis yang sangat lemah ini.Namun arena penulisan tetap penulis cuba kembangkan untuk tatapan umum moga memperoleh keberkatan dan manfaat bersama,
segalanya yang cuba penulis kongsikan dengan pembaca sekalian hanyalah berkaitan diri penulis dan perkongsian2 berkaitan thaqafah yang akan cuba penulis kembangkan terutamanya berkaitan agama Islam itu sendiri.

moga hari2 kita selaku umat Islam senantiasa ataupun sensitif terhadap isu2 semasa umat Islam agar kita tidak tergolong dalam golongan orang2 yang terputus dari rahmat Allah SWT.
Sekalipun kita tidak berjuang diluar sana.Namun apakah pengorbanan kita sebagai umat islam sekiranya hari2 yang berlalu kita sesekali tidak mengendahkan atau memikirkan tentang isu mahupun masalah umat2 islam yang ada disekeliling kita.moga Allah SWT merahmati segala amal kerja buat kita agar mampu menolong kita diakhirat kelak disaat manusia merayu mahupun merintih2 mengharap Rahmat Allah dimana tiada lagi rahmat Allah ketika itu melainkan syafaat Nabi kita iaitu baginda Muhammad SAW.marilah kita sahut seruan untuk menjadi umat2 yang memperjuangkan setiap yang dibawa Baginda SAW dengan cara mahupun gaya yang tersendiri demi menegakkan agama yang mulia disisi Allah SWT ini.agar kita mampu menjadi umat yang dikasihi mahupun dirindui Baginda Nabi Muhammad SAW kelak.Amin..

2 comments:

  1. Masyaallah!
    Betapa indahnya kurnia Allah buat jiwa yg benar2 menyintaiNya.
    Tahniah buatmu wahai ank muda... tiap ilham yg Allah berikn buatmu bisa mmbw hati yg merindui dn menyintaiNya utk lebih dekat menghampiri Dia yg bernama Pencipta.
    Teruskn perjuangan melalui 'coretan dakwah' ini. Makngah akan sentiasa doakn tiap usahamu dipermudahkn Allah. Moga Rahmat Allah sntiasa bersama... Insyaallah.
    [BERILMU UTK BERAMAL]

    ReplyDelete
  2. syukur pada Allah SWT kerana mengasihi hamba2Nya dengan menterjemahkan kasih sayang itu melalui insan2 yang jua mencintai kita sepertimana kita mencintaiNya..alhamdulillah.terima kasih banyak m.ngah...

    ReplyDelete