Thursday 14 April 2011

Binalah Diri..

Dalam kesibukan manusia dengan hari2 mereka...diri ini terpanggil untuk menyibukkan lagi diri dengan aktiviti yang bagi diri penulis amat bermanfaat sekali...setelah penulis mengikuti Mesyuarat Agung Tahunan Muslimat Kawasan Alor Star buat kali yang pertamanya penulis merasakan amat trepanggil untuk sama2 hadir bagi melihat masa depan Islam yang penulis dan ahli-ahli telah perjuangkan selama ini.Walaupun tampak suasana agak suram di kawasan tersebut namun penulis gagahkan diri untuk terus berada disitu sehingga berakhirnya sesi mesyuarat..keadaan suram yang penulis maksudkan bukanlah kerana sedikitnya muslimat yang hadir.tetapi kerana sedikitnya anak2 muda muslimat yang melibatkan diri dalam aktiviti ini.Adakah salah mereka? itulah yang sering ditekankan dalam ucapan Muslimat PAS negeri Kedah dalam ucapan perasmiannya bahawa ibu2 yang hadir pada hari ini jangan bimbang ataupun susah hati dengan keterlibatan masyarakat yang kurang dengan aktiviti sebegini,sebaliknya memahamkan dulu kepada anak2 dan saudara2 terdekat tentang kepentingan harakah islamiyah ini,dan apa yang selama ini PAS perjuangkan.

Kerana hasil undian yang didapati apabila berakhirnya pilihan raya adalah atas undian anak2 dan sanak saudara kita sendiri...kenapa kita perlu menunding jari jauh2 untuk menyampaikan fikrah kita ini?mulalah dari sekitar kita barulah menggapai yang jauh dari kita.Apabila usaha murni ini dapat difahami oleh semua golongan maka mudahla Islam itu bergerak diatas tangan ahli2nya sendiri.


Apa yang ditekankan lagi kepada muslimat kita pada hari ini.Adalah dengan membuka ruangan kefahaman dan pekungan didada agar menguasai ilmu,sama ada berkaitan ilmu fardhu mahupun isu2 semasa yang perlu diambil berat oleh seluruh ahli muslimat.kerana aktiviti muslimat keterlibatannya pasti lebih di rumah.jadi untuk mementainkan kefahaman muslimat dengan isu semasa digalakkan muslimat agar membuka minda serta membina thaqafah dengan membeli buku2 serta warta2 yang disediakan oleh kerajaan kepada kita,agar segala maklumat rasmi sampai ke telinga kita tanpa mengandungi sumber2 syubhah,digalakkan juga kepada muslimat2 agar membaca surat khabar HARAKAH,SINAR,WARTA DARUL AMAN(bagi mngetahui hal-hal semasa kerajaan negeri.Seterusnya sumber2 yang diperolehi melalui internet seperti TV PAS dan HARAKAH DAILY.Inilah yang dikatakan Muslimah mendepanai cabaran dan Isu,supaya ianya menghasilkan kekuatan baru kepada jemaah Islam.seterusnya pembinaan institusi naqibah amatlah perlu bagi melahirkan ahli2 jemaah yang bermutu.


Jika bahan2 yang sudah tersedia ini masih dipandang enteng oleh sesetengah muslimat diluar sana maka bagaimanakah muslimat hari ini mampu menjadi obor2 Islam dalam menggerak sebuah keluarga yang berteraskan HARAKAH seterusnya masyarakat amnya.Apabila dibicarakan tentang pejuangn muslimat hari ini,adakah muslimat itu perlu mengabaikan tugasnya sebagai seorang isteri mahupun ibu kepada anak2nya??? sudah tentu tidak,muslimat yang cemerlang adalah apabila ia mampu mengimbangi tugasnya sebagai suri rumah dengan aktiviti hariannya bersama masyarakat.
Dan itulah yang Islam tekankan kepada para muslimah agar merebut peluang hebat ini agar mereka mampu bersaing dan meneladani muslimah,serikandi2 di zaman Rasulullah SAW.


Inilah sumber yang mampu membantu muslimat2 kita lebih terbuka mindanya dari melihat berita yang disiarkan di tv semata2.Andai perjuangan yang dilalui Rasulullah SAW suatu ketika dahulu amat perit untuk sampai kepada kita hari ini,jadi kenapakah kita dengan membuka ruang untuk mngetahui isu semasa yang telah disediakan dihadapan kita cukup susah..padahal itu adalah tanggungjawab kita kepada jemaah yang kita pilih ini,agar generasi Al Quran dapat dibentuk untuk menerajui negara pada masa yang akan datang.

2 comments:

  1. Aslih nafsak wad'u ghoirak..
    smg kt dberi kekuatan mneruskan misi Rasulullah tercinta..

    ReplyDelete