Sunday 28 August 2011

KEHADIRAN SYAWAL YANG PENUH SEPI...

















Pagi ini saat manusia diulit mimpi
dan sibuk dengan persiapan Aidilfitri

Namun hatiku sayu sekali...
Adakah engKau ingin pergi
meninggalkan ku yang masih hina ini

Ya Allah..
Adakah Ramadhan ini yang terakhir buatku
Adakah persembahan kemuncak hamba ini
KAU terima dan benar mencukupi

Berserikanlah hatiku dengan syawal ini
setelah ku gagahkan diri menjadi penemanMu yang setia di malam hari..
Walaupun ia penuh dengan kekurangan insani

kerana ingin sekali ku bersamaMu
Sekalipun Ramadhan tidak kunjung lagi
Kerana Ramadhan akan tiba dan pergi
Tetapi diriMU datang tanpa dinanti

Ya ALLAH.....

1 comment:

  1. assalamualaikum...akk,semoga akk sbr yer!!!doalah semoga Ramadan kali ni bukan Ramadan terakhir buat semua umt islam..jika itu Allah tntukan buat hmbaNya,mka redhailah seadanya..inshaAllah,mudah2han...eid mubarak wa uhibukifillah jiddan^_^

    ReplyDelete