Tuesday 12 April 2011

Binalah kehidupan yang ABADIE..


Suatu perkongsian yang ingin penulis kongsikan disini setelah hati penulis terasa bergetar dan ingin pembaca jua turut tersentuh degan perkongsian penulis kali ini berkaitan pohon hidup yg penulis perolehi ilmu hasil dari salah satu rancangan tv yg amat penulis gemari iaitu rancangan yang mendidik jiwa kita semua..(Halaqah sentuhan Qalbu)
Setiap daripada kita inginkan kebahagian..namun bagaimanakah kita menterjemahkan kebahagian itu dalam kehidupan kita selaku hamba ALLAH SWT…??
Hari ini,kebahagian yg dicari manusia seolah pohon yang hanya tumbuh sesaat,sekali ditiup angin maka tumbanglah ia lalu akhirnya mati..
Saudara beginilah kehidupan kita,sentiasa mengejar dunia sehingga apa yg dicari dirasakan tiada mencukupi..berapa banyak diluar sana keadaan pohon yg tidak disiram,rosak lalu tumbang..tidak memiliki akar..sehingga terjadinya pembuangan bayi,dan segala jenayah yg dimurkai ALLAH SWT.
Saudara..
Binalah pohon tauhid yang mengukuhkan akar tunjang kita untuk menghadapi hari yang mendatang…
Berpeganglah kita dengan hadis Rasulullah SAW ini dan sematlah didalam jiwa kita sehingga terasa tiada yg lebih indah didunia ini melainkan mendapat Redho ALLAH SWT.

Saudara,

Sepertimana Sebuah hadis dari Rasulullah SAW yg telah diriwayatkan oleh Abi Dzar Al-Ghiffari:”yang bemaksud:

Saya telah diwasiatkan oleh kekasih saya dengan 4 perkataan:

1)teguhkan bahteramu kerana lautan yg kamu lalui terlalu dalam
2)Banyakkan bekalan kerana perjalananmu terlalau jauh
3)Tinggalkan belakangmu kerana yg didaki itu terlalu curam
4)ikhlaskan segala amalan perbuatanmu kerana yg menilai,yg memeriksa itu amat mengetahui dan amat melihat apa yg kt lakukan…


Saudara sekalian,perbaharuilah segala niat yg kita lakukan,bukan kerana kemegahan,bukan kerana keagungan kita…tapi semata2 kerana ALLAH S.W.T kerana kemegahan kita hanya akan ada nanti dibawah keredhaan ALLAH sekira ALLAh redho kita nescaya kita akan bahagia…Firman Allah kepada siapa yg melampaui batas maka kecelakanlah yg bakal dihadapi…di dunia sudah kt hadapi,apatah lagi kecelakaan diakhirat nanti…
Saudara peganglah kepada pesanan Rasulullah SAW ini..hidupkan dalam diri kita,tanamkan keimanan sedalam-dalamnya,hadapilah rintangan dengan penuh kesabaran dan dengan penuh tawakkal kepada Allah SWT.


Dan insyaAllah perjalanan hidup kita akan sentiasa menjadi pohon yg subur dan buahnya akan diberi makan,yang rendang untuk memberi perlindungan,yang teguh bagi menghadapi segala badai dugaan dan ancaman.Mudah2an kita akan berjaya dalam hidup ini...

Satu perkara yang diperingatkan kepada kita oleh Allah SWT didalam firmanNya bermaksud:
“Kalau kami kehendaki,kerana keingkaran yang kamu lakukan,kami akan gantikan kamu dengan makhluk yang lain”

Oleh itu jadilah kita sebenar2 makhluk dan hamba yang tercipta adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada ALLAH SWT...

2 comments:

  1. “Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang akar tunjangnya tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada setiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah membuat perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat. Dan perbandingan kalimah yang buruk seperti pohon yang tidak berguna yang terjungkit akar-akarnya dari bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. Allah menetapkan pendirian orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang yang berlaku zalim; dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-Nya.” (Surah Ibrahim : 24-27)
    ~jom jadi 'pohon' yang baik~

    ReplyDelete
  2. insyaAllah mari sama2 kt semrakkan amal demi menghasilkan pohon yg rendang lg indah mnfaat buat sume...tq ukhti..

    ReplyDelete